Wednesday, December 23, 2015

Kit Siang: Cakap-cakap isu memaafkan, bila BN mahu bebaskan Anwar?



anwar penjara
KUALA LUMPUR 23 DIS: Di sebalik kesediaan pihak tertentu untuk melupakan kisah lama dan memaafkan dosa politik, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini menggesa supaya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan segera dari penjara Sungai Buloh.
“Sebelum ada cakap-cakap mengesa supaya kita melupakan kisah lama untuk memaafkan segala ‘dosa’ yang dilakukan kerajaan, harus ada kesediaan yang sama dan jalan penyelesaian dari pihak kerajaan untuk memperbetulkan apa yang salah,” katanya.
Beliau berkata, perbuatan memaafkan dan melupakan kisah lalu memang baik di sisi agama tetapi ia haruslah diimbangi dengan pelaku berkenaan mengakui kesalahannya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang hadir pada mesyuarat agung PERKASA melahirkan kesediaan untuk memaafkan dan melupakan kesalahan UMNO.
Bagaimanapun, tindakan memaafkan itu dilihat tidak menghormati sentimen ahli akar umbi PAS terutamanya pada dekad 70-an dan 80-an yang selama ini dizalimi Kerajaan UMNO.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meminta supaya tuduhan terhadap kartunis politik, Zunar, Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi, dan Ketua Perhimpunan BERSIH, Maria Chin Abdullah digugurkan.
“Saya menyokong penuh dan bersedia untuk memaafkan dan melupakan kisah lama untuk mengeratkan persahabatan, kefahaman dan toleransi.
“Tetapi, amatlah janggal untuk memaafkan dan melupakan kesalahan itu jika UMNO tidak pernah mengaku atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini,” katanya.
Kit Siang turut mengesa kerajaan supaya memansuh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menarik semula usul Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara dan kebertanggungjawab penuh Perdana Menteri dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 billion.
“Bagaimana kita boleh memaafkan kerajaan sekiranya kita dihimpit berterusan dengan isu skandal dan ketidakadilan?” katanya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers