Monday, December 21, 2015

Hutang negara: Jangan sampai Malaysia menjadi Zimbabwe


zim 20151128_183946

KUALA LUMPUR  21 DIS: Semua pihak patut risau bagaimana Kerajaan Malaysia mengendalikan hutangnya kerana rakyat Malaysia adalah pemiutang terbesarnya, kata Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.
Ia kerana, Penasihat DAP Perak itu berkata, wang simpanan yang dikumpul rakyat akan lenyap jika kerajaan Persekutuan tidak dapat membayar hutang atau mula mencetak lebih banyak wang Ringgit Malaysia secara berleluasa.
Beliau berkata, Menteri Kewangan pada jawapan bertulis kepadanya mengakui sejumlah RM608.7 bilion yang dihutang kerajaan ialah hutang kepada institusi yang menjadi tempat simpanan wang rakyat.
Katanya, ia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM127.6 bilion, Unit Amanah Pencen (RM20.3 bilion), institut perbankan (RM148.8 bilion), syarikat insurans (RM30.3 bilion), institusi kewangan pembangunan (RM22.8 bilion) dan lain-lain (78.8 bilion).
“Ia wang simpanan rakyat. Rakyat Malaysia secara langsung akan mengalami kerugian besar jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mampu membayar semula hutang itu.
“Benar, kerajaan tidak akan bankrap kerana ada kuasa mencetak wang lebih banyak untuk bayar hutang. Namun jika ia berlaku, nilai ringgit akan turun. Simpanan rakyat akan ‘hilang’ kerana wang tidak bernilai lagi.
“Kita tidak mahu Malaysia berakhir seperti Zimbabwe yang pernah dipuji sebagai negara membangun yang berjaya tetapi apabila mula mencetak mata wang secara berleluasa, akhirnya ia tidak lagi bernilai,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Menyatakan mata wang Zimbabwe kini satu-satunya yang tiada nilai, kata Koo Ham berkata: “Semua usaha keras menyimpan wang akan lenyap jika kerajaan menambah hutang dan gagal membayar balik atau mencetak mata wang dengan berleluasa.

ROKETKINI
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers