Bantuan RM1,000 untuk bakal mahasiswa kelahiran Pulau Pinang




Lim Guan Eng Pulau Pinang
PULAU PINANG 15 DIS: Kerajaan Negeri memberi bantuan RM1,000 kepada bakal mahasiswa tanpa melihat latar belakang kaum atau agama, yang melanjut pelajaran ke universiti tempatan.
Menyifatkan bantuan itu sebagai yang tertinggi diberi kepada bakal mahasiswa berbanding negeri lain di Malaysia, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata jumlah itu diberi asalkan anak jati negeri ini.
“Program pemberian bantuan pendaftaran pelajar ini bermula pada tahun 2008 dengan bantuan sebanyak RM500.00 kemudian ditingkatkan kepada RM1,000.00 bermula pada tahun 2011,” katanya.
Seramai 1,321 bakal mahasiswa menerima cek bantuan pendaftaran pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM1,000.00 dalam satu majlis yang dirasmikan Guan Eng di Seberang Perai Jumaat lalu.
Beliau berkata, bantuan itu susulan lebihan belanjawan yang diperoleh Kerajaan Pulau Pinang mengatasi pencapaian Kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah negeri itu antara 1957 ke 2007.
“Kerajaan Negeri mencatat lebihan belanjawan setiap tahun, malah lebihan belanjawan sejak 2008 ialah RM507 juta dalam tempoh tujuh tahun, dari tahun 2008 ke 2014.
“Angka itu jauh lebih baik berbanding tempoh 50 tahun sebelum ini iaitu dari 1957 ke 2007 iaiatu RM373 juta,” katanya yang menyifatkan peningkatan itu hasil pentadbiran ‘bersih’ yang bebas rasuah dan salah guna kuasa.

No comments: