Thursday, December 31, 2015

Bantah perlombongan bauksit, DAP sedia gerakkan protes rakyat


lip eng bauksit
KUALA LUMPUR 31 DIS: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mengajak rakyat menyokong protes besar-besaran terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang, mengulangi kesungguhan membantah projek berkaitan sisa radioaktif Lynas sebelum ini.
“Sebut saja bila dan di mana. Kita telah berhimpun membantah Lynas. Apalah sangat berhimpun membantah pengusaha bauksit,” katanya pada kenyataan media hari ini bagi menyahut seruan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh untuk melakukan bantahan.
Beliau berkata, DAP sedia menggerakkan orang ramai membantah tindakan rakus pihak tertentu mengaut kekayaan bumi Pahang tanpa mempeduli kesan buruk terhadap rakyat dan alam sekitar.
“Sehingga kini, tiada tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab ke atas pencemaran bauksit di kawasan terbabit. Sehinggakan tersebar luas tindakan penduduk setempat menuntut sendiri keadilan dengan membakar lori bauksit.
“Lebih aneh lagi, Ahli Parlimen Pekan merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak langsung tidak memberi sebarang komen mahupun mengecam pencemaran itu,” katanya.
Lip Eng kesal kesal berikutan akhir tahun lalu dan 2015 menyaksikan banjir merah melanda Kelantan dan sebahagian besar Pantai Timur, dipercayai akibat kerakusan pengusaha bauksit di Kuantan.
“Umum menyedari Kuantan dan sekitarnya sudah lama berselimut dalam debu merah hasil perlombongan bauksit,” katanya.
Penduduk sekitar Kuantan mengeluh berikutan pencemaran bauksit sekitar kawasan Bukit Goh, Gebeng, dan Pelabuhan Kuantan boleh menyebabkan risiko kesihatan.
Bantahan orang ramai itu terhadap aktiviti keluar masuk lori bauksit turut tersebar luas di facebook, malah ada yang bertindak sendiri bagi meluahkan rasa tidak puas hati. – Roketkini.com
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers