Antara intipati RINGKASAN Ucapan Dato' Husam malam tadi di DEWAN PPK Kota Bharu 4/11/2015. Beliau menyatakan:


1. Urusan pertemuan beliau dengan pihak tertinggi PAS diselesaikan dengan mengemukakan HUJAHNYA secara lisan dan SATU SURAT RASMI DARI INTIPATI YG DIPERBINCANGKAN TELAH DIKEMUKAKAN KEPADA PIHAK BERKENAAN. Beliau mengambil pendekatan memberi peluang PAS PUSAT menyiasat hal aduannya atas konsep yg dijar oleh Presiden PAS yg terdahulu hingga sekarang........Setiap hal yg tidak mmolek...kena tegur.

2. Dipentas tersebut Dato'Husam juga telah mengambil kesempatan "Membayar Hutang" yg didakwa datangnya hutang tersebut datangnya dari salah seorang exco yg bertanggungjawab dalam soal agama sewaktu berucap dimajlis sambutan 60 Tahun PAS. HUSAM dengan tegas mengatakan NAS dan HADIS yg dibawakan oleh EXCO berkenaan adalah tidal LANSUNG tidak relevan dengan apa yg beliau dedahkan kerana apa yg beliau dedahkan adalah ada kebenarannya, Penyelewengan fakta kias yg mula-mula digunakan oleh IBLIS perlu digunakan kepada peristiwa yg relevan.

3. Dato' Husam juga menzahirkan keperihatinannya atas serangan yg menimpa salah seorang kakitangan Pejabat Menteri Besar yg diancam ugut dan kenyataan yg dituduh oleh FACEBOOKER bergelar El-Hariki. Antara persoalan yg Dato' Husam kemukakan:-

a. Bagaimana isi kandung perbincangan yg dianggap sulit sewaktu beliau memberi keterangan kepada PAS PUSAT boleh dibocorkan kepada El-Haraki?

b. Husam juga menegaskan bahawa TIADA PIHAK YG BERJAWATAN DI KERAJAAN PAS yg membekalkan sumber maklumat kepadanya tetapi sumber maklumat itu datangnya dari "JIN" yg turun benci dengan hal-hal yg tidak menyenangkan telah berlaku.

c. Husam menegaskan,Menteri Besar Kelantan perlu lebih prihatin serangan yg telah dikemukakan terhadap kakitangan Pejabat Menteri Besar yg bernama Syazwan. Pembelaan dan siasatan perlu dijalankan dengan penuh adil oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan.

4. Dato' Husam juga telah melahirkan rasa yg kurang menyenangkan apabila perlantikan jawatan di sebagai Pengarah Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan yg bernama Saari Mamat yg besannya adalah EXCO PENERANGAN yg jelas ada konflik kepentingan yg telah menuduh beliau di applikasi whatapps sebagai seorang pelaku khalwat. Menteri Besar Kelantan dipohon meneliti perlantikan yg dianggap salah berdasarkan HUBUNGAN PERIBADI ANTARA MEREKA BERDUA!

5. Dengan jelas diakhir UCAPAN beliau,husam telah menasihati agar NAS dan Hadis yg berkenaan dengan pembocoran rahsia dizaman nabi dan NAS yg mengenai HUDUD perlu diteliti dan berhati-hati penggunaanya. Yg jelas kata beliau,PAS TELAH DITIPU OLEH UMNO DALAM MASALAH HUDUD!

6. Diakhirnya,Husam mengingatkan Nik Abduh lebih berhati-hati dalam pengucapannya terutama dengan pertanyaan NIK ABDUH disalah satu ceramahnya di TERENGANU, "MANA LEBIH BAIK DITIPU DENGAN MENIPU?" Apakah Abduh tidak sekolah? Kedua-duanya tidak patut dilakukan!

Dato'Husam menutup ucapannya dengan berjanji untuk mengadakan lagi pertemuan dengan RAKYAT KELANTAN DAN AKAN DIEDARKAN SURAT CINTA YG BELIAU KEMUKAKAN KEPADA PAS PUSAT JIKA SEKIRANYA TIDAK ADA TINDAKAN SUSULAN OLEH PIHAK BERKENAAN. Beliau juga menzahirkan kebimbangan tentang bagaimana UMNO telah dianggap TIPU PAS dalam isu HUDUD!

HUTANG BELIAU DIANGGAP TELAH DIBAYAR KEPADA MEREKA YG TELAH MENJADIKAN BELIAU BERHUTANG!.

No comments: