Shamsul: Sabotaj Kongres KEADILAN, Umno macam sial


(Oleh: Fiza Halim)

SHAH ALAM, 29 Nov- Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) mensabotaj Kongres Nasional parti itu dengan mengedar akhbar palsu Selangorkini.
“Muka depan akhbar ini bagus, belakang pun bagus. Tapi bahagian dalam macam ‘taik’, banyak fitnah.
“Inilah sialnya Umno-BN,” katanya ketika berucap semasa penggulungan di Kongres Nasional KEADILAN ke-11, di iDCC Shah Alam.
Jelas Shamsul yang juga ahli Parlimen Bukit Katil, akhbar palsu berkenaan diedarkan ketika perwakilan mula memenuhi dewan persidangan kongres sekitar jam 8.00 pagi tadi.
Bagaimanapun, pihak petugas kongres berjaya merampas semua akhbar yang diedarkan itu.
Dakwanya, apa yang berlaku itu jelas membuktikan bahawa Umno- BN sudah semakin terdesak apabila berusaha untuk menjatuhkan pakatan pembangkang yang dilihat semakin kuat dan diterima rakyat.
“Itu jelas membuktikan parti kita semakin kuat dan akan berhadapan dengan Umno-BN pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Berhubung dengan insiden tersebut, Shamsul akan membuat laporan polis dalam masa terdekat ini.
“Saya akan buat laporan polis….kemungkinan esok,” jelasnya.

No comments: