Friday, November 13, 2015

Perjanjian rasmi sedang disediakan, kekalutan di Selangor selesai



Perjanjian rasmi sedang disediakan, kekalutan di Selangor selesai

Perjanjian rasmi sedang disediakan, kekalutan di Selangor selesai


Berikutan desakan Parti Amanah Negara agar Pas memeterai satu perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor bagi mempersetujui dasar bersama, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memberi jaminan bahawa Pas akan sentiasa mengikut dasar bersama yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat sejak 2008.

Mengenai perjanjian bersama komponen PH, Azmin berkata, formaliti ke arah itu sedang disediakan. Pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad mengalu-alukan kenyataan Azmin itu yang diharap akan menyelesaikan pertikaian mengenai status Pas dalam kerajaan negeri.

“Oleh itu, mengikut pandangan MB Selangor, perjanjian baharu antara PAS dan Pakatan Harapan adalah tidak perlu

“Amanah menerima baik pendirian MB yang kerajaan Selangor bukan kerajaan Pakatan Harapan seperti kerajaan Pulau Pinang atas sebab keterlibatan PAS dalam kerajaan Selangor.

“Namun, Pakatan Harapan tetap diiktiraf dan mempunyai tempat di dalam pentadbiran negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan mengulas hasil pertemuan antara deligasi Amanah diketuai Presiden Muhammad Sabu dan MB Selangor semalam.

Mengenai kenyataan oleh bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa baru-baru ini yang mendakwa terdapat usaha dalam Pas untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor, Khalid berkata, hal itu tidak ditujukan kepada PKR mahu pun Azmin sebaliknya terhadap presiden Pas.

“Tuduhan Husam (bahawa) ada usaha membentuk kerajaan dengan Umno tidak ditujukan terhadap MB Selangor, tetapi terhadap presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

“Amanah memperakui MB Selangor tidak mengetahui tentang hasrat ini kerana ia disebut di dalam mesyuarat PAS Pusat, dan bukan semasa perbincangan presiden PAS dengan MB,” katanya.
Beliau memberi jaminan Amanah akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri Selangor dan memohon jasa baik Azmin membantu meredakan perbalahan antara Amanah dan PAS.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers