‘Pegawai Melayu penakut, tak berani tanya derma RM2.6 bilion’



'Pegawai Melayu penakut, tak berani tanya derma RM2.6 bilion'

‘Pegawai Melayu penakut, tak berani tanya derma RM2.6 bilion’


Dalam meluahkan kekecewaannya dengan orang Melayu, bekas Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini mencadangkan supaya jawatan kanan dan penting kerajaan diserahkan kepada bangsa lain.

Menulis di Twitter, Zahid berang kerana tidak mendapat jawapan berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malays have become a huge disappointment #fb
— Zaid Ibrahim (@zaidibrahim) November 18, 2015
Wang itu cuba digambarkan sebagai sumbangan politik daripada sumber yang tidak dikenali di Timur Tengah, tetapi pengkritik terus membuat pelbagai andaian.

“Menteri-menteri utama, Pengerusi PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara), Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) – semuanya Melayu.

“Sebab itu sehingga hari ini kita tidak tahu siapa yang menyumbangkan berbilion-bilion ringgit kepada PM,” kata Zaid.
Bidasannya itu dibuat selepas Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin hari ini berkata wang RM2.6 bilion itu tidak ada kaitan dengan 1MDB.

Hasan juga memaklumkan tidak ada keperluan bagi PAC untuk menyiasat Najib berhubung isu 1MDB, dan apabila diasak wartawan, beliau secara berseloroh berkata: “Jangan la, Saya pun nak cari makan juga. ”

Sementara itu, Zaid mendakwa bahawa individu yang memegang jawatan penting penting dalam kerajaan adalah orang Melayu dengan gelaran dan kekayaan.

“Oleh itu, mereka mudah takut. Mereka takut walaupun untuk bertanya soalan yang paling asas mengenai derma.

“Saya cadangkan kita mula lantik Cina, Dayak dan Kadazan untuk jawatan-jawatan penting,” katanya.

SPRM juga mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion yang disalurkan menjelang pilihan raya umum 2013 adalah sumbangan politik, tetapi masih menyiasat perkara itu.


No comments: