Americk Sidhu suruh polis sabar, dia sedang sibuk

 
 | November 28, 2015
Dia memaklumkan telah dihubungi polis untuk diambil keterangan tetapi sedang sibuk dengan kes-kes yang dikendalinya
Americk-Sidhu_khalid_Charles-Morais_600
PETALING JAYA: Peguam kepada adik mendiang Kevin Anthony Morais meminta polis bersabar dan memberinya masa untuk memberi keterangan
Americk Sidhu berkata, dia terlalu sibuk dengan kes-kes yang dikendalinya.
“Mereka (Polis) sudah menghubungi saya untuk diambil kenyataan. Saya beritahu mereka supaya tunggu sebentar kerana saya sibuk menyiapkan persiapan pelbagai kes mahkamah pada minggu hadapan,” katanya kepada FMT.
Jelas Americk lagi, pihak polis sudah menghubunginya sejak Khamis lagi, namun sehingga kini masih belum jelas tujuannya.
“Saya tidak tahu bagaimana saya dapat menolong pihak polis. Saya tidak terlibat dalam hal ini (dakwaan yang dibuat Charles Morais),” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan akan memanggilnya bagi membantu siasatan mengenai dakwaan yang dibuat oleh anak guamnya, Charles Morais.
“Kita akan panggil peguam kepada Charles untuk membantu kita. Peguam dia kalau hendak bantu Charles boleh, dan kita hendak Americk pula membantu kita,” kata beliau.
Sebelum ini, Americk memberitahu bahawa Charles telah meninggalkan negara melalui tambak Johor ke Atlanta, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu selepas melakukan pendedahan mengenai akuan bersumpah (SD).
Dia mendakwa pembunuhan abangnya, Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan kertas pertuduhan pihak Timbalan Pendakwa Raya terhadap “pegawai kerajaan berpangkat tinggi”.
Charles juga membidas Jabatan Peguam Negara kerana didakwa mempermainkannya apabila bersetuju pada awal dengan bedah siasat kedua tetapi kemudiannya meminta mendapatkan perintah mahkamah.
Selain itu dia turut mendakwa mempunyai maklumat mendedahkan memiliki pemacu pena yang dihantar kepadanya sebelum Kevin dibunuh.

FMT

No comments: