Tuduhan komplot terhadap Wan Azizah berniat jahat, kata Azmin


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengatakan dakwaan yang wujudnya komplot menggulingkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah berniat jahat dan disebarkan individu yang bankrap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2015.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengatakan dakwaan yang wujudnya komplot menggulingkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah berniat jahat dan disebarkan individu yang bankrap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2015
Tuduhan wujudnya komplot untuk menggulingkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, jelas berniat jahat, kata timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata dakwaan tersebut juga merupakan fitnah semata-mata yang cuba disebarkan individu yang bankrap.
"Apa sahaja perkara yang kita bincang dalam parti tidak perlu kita dedahkan pada media dan tuduhan ini berniat jahat serta merupakan fitnah individu yang bankrap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kreatif Digital Selangor di i-City hari ini.
Menteri besar Selangor itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, yang mendakwa wujud kumpulan pemimpin kanan PKR bertujuan menggulingkan Dr Wan Azizah.
Badrul Hisham, menerusi laman blognya, semalam turut mendakwa kumpulan terbabit dipercayai didalangi beberapa pemimpin kanan parti yang kurang senang dengan tindakan Dr Wan Azizah mengumumkan penyertaan PKR dalam pakatan baharu pembangkang pada 22 September lepas. – Bernama, 5 Oktober, 2015.

No comments: