Permintaan Anwar cukup mudah, cuma mahu rawatan – Azizah




(Oleh: Ermizi Muhamad)

PETALING JAYA, 6 okt  - Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail menegaskan suaminya hanya mahu menjalani rawatan fisioterapi di hospital akibat kecederaaan bahu dan bukan mahu melarikan diri daripada penjara.
Bercakap dalam sidang media hari ini, Wan Azizah menyatakan rasa kesal kerana sehingga kini hak Anwar Ibrahim untuk menerima rawatan dinafikan oleh kerajaan.
Azizah“Permintaan rawatan Anwar paling mudah untuk diluluskan dan rawatan bukan berkos tinggi. Lebih baik Anwar dibawa ke hospital akan memudahkan.
“Sejam boleh buat (rawatan) Anwar dan selepas itu pesakit yang lain. Bukan kita menafikan rawatan pesakit lain. Takkan dia (Anwar) hendak lari,” katanya kepada media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Tambah beliau, Anwar perlu dimasukkan ke hospital pada kadar segera ke hsopital untuk menjalani  rawatan fisioterapi secara intensif kerana kemudahan itu sangat terbatas di Penjara Sungai Buloh.
“Rawaran fisioterapi dan rejim perubatan konservatif diperlukan bagi mengurangkan kesakitan dan mengelakkan kesan yang lebih teruk pada jangka panjang, sambil beliau menunggu rawatan pembedahan yang sesuai,” tegasnya.
Tambahnya, Doktor Jeyaindran Sinnadurai yang ditugas mengetuai panel perubatan Anwar di penjara tidak bersikap profesional bagi memenuhi keperluan rawatan Ketua Umum KEADILAN itu.
“Kalau kita minta sebarang pendapat pun, hanya selepas dua bulan daripada tempoh itu kami terima.
“Persepsi kami sekarang, penglibatan Dr Jeyanindran ini langsung tidak membantu dan tidak memudahkan Saudara Anwar untuk mendapatkan sebarang rawatan yang sepatutnya menjadi hak beliau dan mana-mana tahanan lain,” tegasnya.
Sebelum ini, keluarga dan peguam Anwar menuntut supaya Dr S Jeyaindran digugurkan sebagai ketua panel perubatan yang merawat Anwar.
Mereka menyuarakan kebimbangan kerana Jeyaindran pernah menjadi saksi dalam kes Fitnah membabitkan Anwar dan pernah bertugas sebagai doktor peribadi Datuk Seri Najib Razak.


No comments: