Friday, October 16, 2015

KENYATAAN MEDIA : ANGKATAN MUDA KEADILAN MOBILISASI HIMPUNAN‪#‎ANWARBEBAS‬



Sidang Media Pagi Ini Dari Angkatan Muda Keadilan Malaysia Di Ketuai Oleh YBAfif Bahardin Timb Amk Malaysia Berkenaan Kempen Bebas Anwar 16 Nov 2015 Ini... ‪#‎BebasAnwar‬
KENYATAAN MEDIA : ANGKATAN MUDA KEADILAN MOBILISASI HIMPUNAN‪#‎ANWARBEBAS‬
15 Oktober 2015
Angkatan Muda Keadilan telah menjadi pengerak utama kepada kempen membebaskan Ketua Umum kami, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semenjak beliau dipenjarakan pada 10 Februari 2015, dengan penganjuran Himpunan ‪#‎KitaLawan‬dan #BebasAnwar sebelum ini. kami tegas menyatakan bahawa pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kerana satu konspirasi politik bagi menamatkan riwayat politik beliau sebagai ketua kepada Pakatan Rakyat yang telah berjaya mengugat kedudukan Barisan Nasional.
Himpunan #AnwarBebas ini akan berlangsung pada 16 November 2015, jam 9 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya Pada tarikh ini, satu permohonan semakan kepada sabitan kes Fitnah Liwat II akan mula didengari di Mahkamah Persekutuan. Permohonan semakan sabitan ini telah dikemukakan oleh pihak peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berpandukan kepada dua asas :
1 - Mempersoalkan integriti dan kebebasan sistem kehakiman daripada pengaruh eksekutif ie Pejabat Perdana Menteri; kerana pada 10 Februari 2015, ketika keputusan kehakiman masih lagi belum habis dibacakan dan hukuman masih belum dijatuhkan, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan kehakiman dan memuji institusi kehakiman negara. Turut menjadi persoalan adalah mengapa Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai satu kes jenayah yang hanya melibatkan individu, bukannya agensi mahupun jabatan Kerajaan.
2 - Pendakwaan yang dinodai dan berniat jahat. Tindakan Ketua Pendakwaraya yang telah diupah kerajaan iaitu, Tan Sri Shafee Abdullah, yang telah bertindak melakukan siri jelajah dan penerangan ke seluruh negara untuk menceritakan dengan penuh sensasi mengenai sabitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan beliau ini seolah - oleh telah mengambarkan adanya tujuan peribadi dan politik untuk terus menjatuhkan kredibiliti dan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun selepas hukuman telah dijatuhkan.
Permohonan semakan ini adalah dibenarkan di bawah Peraturan 137, Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 (Rules of Federal Court 1995). Permohonan semakan sabitan ini selalunya akan dimulakan bilamana ada keraguan munasabah tentang satu - satu keputusan Mahkamah Persekutuan atau bilamana ketika sabitan hukuman, ketidakadilan telah berlaku. Bilamana asas - asas yang dikemukakan ini diterima oleh barisan panel hakim Mahkamah Persekutuan, usaha untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan semakin cerah.
Angkatan Muda Keadilan ingin menyeru semua anggota Keadilan, parti - parti politik, NGO dan juga rakyat yang benci ketidakadilan dan kezaliman, untuk terus menyokong kempen #AnwarBebas dan menuntut daripada pentadbiran Datuk Seri Najib Rasak untuk segera membebaskan Datuk Seri Anwar Ibahim. Angkatan Muda Keadilan juga telah mengatur beberapa siri ceramah serta akan menggerakkan mobilisasi anggota, penyokong dan seluruh rakyat untuk sama - sama hadir ke acara seperti butiran ini;
Himpunan #AnwarBebas #1611
Permohonan Semakan Sabitan Kes Fitnah Liwar II:
16 November 2015, 9 pagi
Istana Kehakiman, Putrajaya
DR AFIF BAHARDIN
Timbalan Ketua AMK MALAYSIA
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers