Hudud hanya mainan lebai untuk pecahkan Pakatan Rakyat-APA KATA DR MAZA


PAS tidak menghantar usul baru untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung penguatkuasaan hudud di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

“Itu kami belum putuskan. Kemungkinan besar tidak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah memfailkan usul rang undang-undang persendirian untuk sidang Parlimen yang akan datang, Takiyuddin berkata perkara berkenaan di luar pengetahuannya.

Hadi awal tahun ini membawa usul sedemikian tetapi gagal membentangkan dalam sidang-sidang Dewan Rakyat yang lepas.
Untuk melaksanakan hudud di negeri yang dikuasainya itu, PAS membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang selama ini membenarkan mahkamah tersebut mengenakan hukuman denda RM3,000, lima tahun penjara dan enam sebatan.

Penyokong sudah kena main sama pas

Saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini

Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia.

Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara. Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?!

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran.

Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.

Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah.

Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidin sendiri sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat tindakan politik dan strategi mereka, siapalah kita semua?!

Jika ini impian kenegaraan PAS, maaf saya antara yang tidak mampu mengundi mereka.

Dr MAZA


No comments: