Gambar Entiti Ketika Sidang Media Tun M Jadi Perhatian


   
1996
 
0

SEKEPING gambar kehadiran entiti pelik dan aneh yang berjaya dirakamkan ketika sidang media khas yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Isnin lalu telah mendapat perhatian ramai netizen.
Penampakan seperti tangan yang terletak di atas riba mantan Perdana Menteri itu dipercayai bukan pun anggota tubuh milik tokoh negara tersebut.
Entiti pelik itu telah menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya dalam kalangan orang ramai malahan mula menjadi viral menerusi laman-laman web tempatan sejak Isnin.TUNM_KULI
Adakah ia penampakan makhluk halus atau hanya halusinasi masyarakat yang melihat gambar itu? Itu semua terpulang pada persepsi dan pandangan individu yang melihat gambar tersebut.
Gambar yang mula viral itu dipercayai telah diambil pada Isnin lalu ketika Tun M mengadakan satu sidang media khas yang juga dihadiri bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir ialah beberapa pemimpin politik terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Ong Tee Keat.
Ia berhubung dengan isu-isu politik semasa termasuk penahanan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Hassan dan peguam, Matthias Chang. – 

MYNEWSHUB

No comments: