DOKTOR NI KAH TERBABIT DALAM KES MORAIS


Doktor ATM Dalang Kes Pembunuhan Kevin Morais - Polis


SUBANG JAYA: Polis percaya kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais mempunyai kaitan dengan kes satu kes rasuah yang sedang disiasat melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Menurut kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, polis setakat ini masih belum dapat memastikan motif pembunuhan.

Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan doktor terbabit.

Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa),” katanya memetik laporan dari FMT.

Pagi tadi, mayat Kevin ditemui setelah kelima-lima suspek yang ditahan menunjukkan lokasi mereka membuang mayat Kevin.

Mayat Kevin dimampatkan di dalam konkrit sebelum dicampakkan di dalam longkang di Jalan Subang 3, Subang Jaya pada Rabu. - Siakapkeli.my











Seorang doktor tentera telah membawa polis ke kawasan paya USJ 1, Subang Jaya, di mana tong yang mengandungi jasad Morais dibuang. 

Doktor tersebut merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan mendiang Kevin Anthony Morais, Timbalan Pendakwa Raya yang dilaporkan hilang sebelum ini.

 Mayat Morais ditemui terbenam di dalam konkrit dalam sebuah tong dram, 12 hari selepas kehilangannya.

 Akhbar Kosmo pernah menyiarkan kes seorang doktor berpangkat Kolonel yang berkhidmat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju yang didakwa melakukan dua kesalahan rasuah membabitkan wang sejumlah RM 700,000.

No comments: