[BERGAMBAR] Kantoi: Harakahdaily Dicekup Menipu: Puluhan Ribu Dikatakan Hadiri HAMASAH 2015

Puluhan ribu sertai Himpunan Anak Muda Istiqamah

Puluhan ribu anak muda menyertai Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di padang Majlis Daerah Pasir Puteh petang ini.

Padang sendat dengan kehadiran anak-anak muda dari seluruh Kelantan. (Lihat gambar di sebelah: sendat ya? -GB)

Ramai yang datang berkonvoi motosikal. Himpunan anak muda bermula jam 8 pagi dengan acara pertama himpunan pendekar muda.

Program petang ini yang bermula jam 5.00 petang tambah meriah dengan kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, naib Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari serta anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Pagi tadi turut diadakan program himpunan guru-guru Pasti, pembahagian beras al-itaam, persembahan motosikal kuasa besar, pertunjukan autoshow dan pelancaran ARC Kelantan oleh Abdul Fattah. -Harakahdaily



ULASAN GB

Telah menjadi vial semalam di laman sosial, bahawa Harakahdaily dicekup membuat kenyataan yang tidak benar dan sah menipu di dalam laporannya mengenai kehadiran yang dikatakan "puluhan ribu" anak muda di HAMASAH 2015 yang diadakan di padang Majlis Daerah Pasir Puteh.

Sedangkan apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana paparan foto yang dikatakan puluhan ribu itu adalah dusta dan tidak benar.

Cekupan dari udara memperlihatkan suasana padang begitu lengang malah ketika ucapan Tuan presiden pun hanya beberapa baris yang kelihatan.Seperti juga perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS yang lain, untuk menutup ruang-ruang kosong itu, para peserta himpunan diminta untuk memegang bendera besar supaya ruang kosong itu tidak kelihatan.Anggaran sebenar, menurut pemerhati, kehadiran peserta hanyalah sekitar tidak melebihi 1000 orang, tetapi dilaporkan puluhan ribu!

Tersebar pula sepucuk surat yang ditandatangani oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Pengarah Urusetia Belia & Sukan Kelantan menjemput para pelajar sekolah agama untuk ke program berkenaan. Ini bererti HAMASAH 2015 yang dihadiri sekitar 1,000 orang itu pula sebahagian besarnya adalah para pelajar sekolah!

Nampaknya gaya pemberitaan Harakahdaily sudah tak ubah macam media-media UMNO.

Sudah hilang akhlak dan etika Islam di dalam kewartawanan dan pemberitaan. Tak perlu lagi pertimbangan dosa dan pahala.

Maka itu sebabnya kini harakahdaily dan Harakah sudah ditimpa musibah sama seperti media UMNO... diambang kebangkrapan.

Bukan kita suka atau ingin bertepuk tangan jika nasib itu menimpa harakahdaily dan Harakah, tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu dan didustakan. Andai bakal menuai apa yang anda tanam!







No comments: