TIADA KEPERLUAN KOMEN TENTANG PAS LAGI.MAT SABU


0LEH: GREENBOC


[VIDEO & GAMBAR] Tiada Keperluan Untuk Komen Tentang PAS Lagi - Mat Sabu (UPDATED)






Mat Sabu enggan komen apa-apa berkaitan PAS lagi 

Pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyatakan hari ini, beliau kini enggan mengulas apa-apa yang berkaitan dengan PAS. 

Bekas timbalan PAS itu, lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu, berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah berpihak kepada perdana menteri sejak kebelakangan ini. 

"Itu kena tanya dia (Hadi). Kena tanya isi hati dia. Saya tak nak komen atas pandangan peribadi dia. 

"Saya tak nak komen lagi hal PAS. Saya dah jadi ahli biasa," katanya selepas majlis 'Dialog Terbuka #Harapanbaru bersama Mat Sabu dan Pimpinan' di Kuala Lumpur hari ini. 

Selasa lalu, susulan rombakan Kabinet, Hadi menggesa wakil rakyat PAS memerhatikan terlebih dahulu barisan Kabinet yang baru diumumkan sebelum membentangkan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat. 

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," beliau dilaporkan berkata. 







Jumaat lalu, Najib memuji Hadi, menyatakan beliau menghargai sikapnya yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. 

Sementara itu, pada majlis tersebut Mat Sabu dalam ucapannya berkata, umat Islam di dunia ini secara umumnya kelihatan hebat dalam perjuangan, tetapi apabila mendapat kuasa, gagal dalam pemerintahan. 

"Kita melihat gerakan umat Islam perlu berubah di seluruh dunia, perlu berani membuat perubahan. 







"Isu perkauman masih dimainkan oleh pemerintahan dan orang Islam sudah terperangkap. Parti Islam juga mudah terperangkap dalam isu perkauman," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. 

Gerakan itu ditubuhkan oleh pemimpin PAS dari puak progresif dan golongan profesional yang tersingkir semasa pemilihan parti yang diadakan pada muktamar tahunan awal Jun lalu. 

LAPORAN HIMPUNAN GHB WILAYAH PERSEKUTUAN

Majlis Ramah Mesra dan Taklimat Penerangan GHB Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Dewan penuh sehingga ramai yang terpaksa berdiri di luar. Insya Allah rakyat bersama GHB dan rakan-rakan kami iaitu PKR, DAP dan NGO untuk merealisasikan hasrat kita menubuhkan kerajaan adil, telus dan peduli rakyat pasca PRU14 nanti.





No comments: