Friday, August 7, 2015

PAS Kembali Ke Era Extremism,Kisah Nak Bunuh Ahli Keluar Jemaah (?)




Greenboc



Fikrah ‘Holier than thou’ yang meresahkan – Ahmad Zhafri Md Noor 

Pasca Muktamar PAS 2015 yang lalu begitu meresahkan saya, dan mungkin menyebabkan sebahagian daripada pemuda dan anggota masyarakat di Malaysia ini tidak senang duduk. Keresahan ini bukan bermula daripada penyingkiran sebahagian kumpulan dan menggantikan kumpulan tersebut dengan kumpulan yang lain. Keresahan ini juga bukan berakibatkan daripada merajuknya golongan tersingkir daripada jawatan parti yang akhirnya membawa kepada penubuhan NGO baru – Gerakan Harapan Baru. 

Dan saya fikir, keresahan ini bukan sekadar pembunuhan karekter (character assassination) secara berkala yang dilakukan dalam majlis-majlis rasmi parti dan tertutup yang dilakukan bertahun-tahun. Istilah barua, pengkhianat, parasit , munafiq haraki dan pelbagai lagi tohmahan diberikan daripada satu kelompok kepada kelompok yang lainsehinggakan fenomena ini pernah ditegur Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam yang menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Keresahan saya adalah disebabkan kewujudkan segelintir anggota masyarakat yang melihat perbezaan ijtihad politik ini sebagaimana perbezaan antara Islam tulen dengan Islam tak tulen, antara pihak yang tuhan ‘meletakkan tanganNya’ kepada jemaahnya (organisasinya) dengan pihak yang menentang kebenaran, antara para “mujahidin ” yang menegakkan hukum Allah dengan golongan tali barut Zionis antarabangsa. Bahkan boleh dikatakan segelintir daripada mereka mentafsirkan kelompok mereka sendiri secara jazm (tuntas) sebagai kelompok yang disebut sebagai “jamaatul Muslimin” (jemaah orang Islam), ghuraba’ (kelompok asing dan sedikit) dan juga firqatun najiyah (kelompok yang selamat).

Tuhan dijadikan satu objek yang dipergunakan untuk mewujudkan persepsi kelompok mereka cukup relevan, terpilih dan mulia di sisi Allah. Sesiapa yang menentang mereka adalah terdiri daripada kelompok yang menentang hukum Allah, paling tidak bersekongkol dengan musuh Allah, munafiq haraki, pembantu kuffar, parasit, golongan yang mengikut hawa nafsu dan sebagainya. Bahkan diwujudkan istilah tapisan dan ditapis untuk menunjukkan Allah menapis kelompok mereka daripada perencanaan kelompok-kelompok ‘jahat’ tadi. Akibatnya, sebarang perbezaan cara pandang sesuatu isu dilihat sebagai satu dosa, celaru fikrah, tidak mentaati pemimpin utama, bahkan dipandang sebagai kelompok yang terkeluar daripada jemaah mereka.

Istilah jemaah parasit, pro-IRC, jemaah dalam jemaah, biro politik NGO dan Grand Design mula dipopularkan dan tersebar secara besar-besaran pasca Muktamar PAS yang lepas. Selama ini, istilah –istilah tersebut hanya tersebar di tamrin-tamrin, perjumpaan tertutup sesama ahli dan dalam program terpilih. Ia juga boleh dikatakan sebagai rahsia umum yang hanya diketahui pengamat-pengamat politik, ahli-ahli harakah Islamiyyah (Gerakan Islam) dan kelompok Islamis yang lain. Namun istilah ini dikeramatkan bagi mentahzir sesuatu kelompok melalui beberapa penulisan samaada dalam bentuk buku atau dalam bentuk status facebook.

Salah satunya adalah buku yang ditulis seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Latihan yang dipasarkan dan dipromosikan semasa Muktamar yang lepas. Buku itu sendiri dikritik ketulenan faktanya orang terlibat. Dan ajaibnya, orang yang terlibat itu masih lagi hidup, sihat dan masih lagi aktif berpolitik namun tidak dijadikan sumber primer dalam penulisan buku sejarah jemaah tersebut. Akhirnya, ketulenan fakta itu menjadi polemik yang tak berkesudahan antara pengarang buku dengan mereka yang terlibat.

Facebook juga dijadikan medan perjuangan dan jihad persis medan Badar, Uhud, Khaibar, Mu’tah bahkan persis Medan Rabia di Mesir pada zaman moden ini. Dan ironinya, ‘jihad’ itu bukan dilancarkan kepada golongan murtad dan enggan bayar zakat seperti mana zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, atau kepada Nabi Palsu Musailamah Al Kazzab , tetapi dilancarkan terhadap sekelompok Islam yang lain. Peperangan ini bukan lagi dilihat sebagai peperangan hujah, intelektual dan penuh fakta tetapi dilihat sebagai peperangan disaluti persepsi, penuh prasangka, terpalit emosi, hikayat politik dari mulut ke mulut jauh daripada hujah yang benar. Malangnya , segelintir daripada manusia meyakini dan beriman inilah peperangan antara haq dan batil. Pemahaman literal ini amat sukar dibendung dalam udara penuh ketaksuban ini.

Saya berpandangan setiap manusia berhak mempunyai pemikiran mereka berada dalam kelompok (bangsa, negara, jemaah, organisasi) yang lebih baik daripada kelompok yang lain. Namun ia menjadi suatu sikap yang ekstrem apabila hanya menghadkan kebenaran itu hanya berada dalam kelompok mereka, dan kelompok lain berada dalam kesalahan dan kesesatan yang nyata. Apatah lagi menjadikan parti atau jemaah sebagai syarat lengkap keimanan !

Penggunaan dalil berupa nas Al Quran, hadis, bahkan kata-kata ulama untuk merujuk kepada kelompok mereka sahaja ditentang ramai ulama dan asatizah seperti Sheikh Solāh ‘Abd al-Fattāh al-Khālidī, Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman ,pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Rozaimi Ramle dan penceramah bebas, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang secara tuntas mengkritik penyalahgunaan dan penyalahtafsiran nas-nas Al Qur’an dan hadis. Sifat keumuman sesuatu nas itu tidak selayaknya dijadikan harta intelektual dan eksklusif sesuatu kelompok.

Saya fikir, setiap parti yang bergerak atas landasan demokrasi di Malaysia harus sedar mereka membawa satu bebanan untuk menterjemahkan demokrasi sepertimana yang diungkapkan Sir Abraham Lincoln, “Government of the people, by the people and for the people” (pemerintahan dari rakyat, rakyat dan untuk rakyat). Setiap daripada parti politik, ahli politik bahkan anggota kepada parti politik harus sedar setiap daripada mereka membawa suara rakyat. Keberadaan mereka sebagai perwakilan rakyat adalah dengan asbab untuk menjadi khadam kepada rakyat, bukan sebaliknya. Rakyat tidak seharusnya ditakutkan dengan dalil dan penghukuman di akhirat akibat tidak mengikut pandangan dan ijtihad mereka.

Sebenarnya mengungkapkan perkara-perkara di atas adalah sukar dalam situasi dan iklim politik Malaysia yang tak menentu. Ini ditambah lagi dengan kisah-kisah penyelewengan yang dikatakan dilakukan pegawai tinggi kerajaan dan pergolakan dalaman parti samaada bagi pihak parti-parti pembangkang dan juga Barisan Nasional. Kedua-dua pihak, samaada pembangkang dan Barisan Nasional menghadapi satu krisis yang amat memenatkan, yakni krisis pemahaman dan pengamalan amalan demokrasi. Sebagai seorang anak muda yang membesar sepenuhnya di Malaysia, menonton “filem-filem “ sandiwara politik amat menakutkan. Kesimpulannya, biarkan nas agama berada dalam “daerahnya” yang tersendiri tanpa dimonopoli sekelompok manusia. Kita bukan berada dalam negara yang mengamalkan Wilayatul Faqih !


TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH


ALOR SETAR : Tokoh ulama PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Abdul Wahab Hassan melontarkan peringatan bermakna untuk direnungi seluruh anggota Harakah Islamiyah PAS berhubung pendirian dan tindakan terhadap situasi dalaman yang sedang melanda jamaah masa ini.

Menurutnya, terdapat empat kewajipan utama pemimpin dengan perkara pertama adalah ‘tanfizu syariah’ iaitulah meluluskan syariah sekadar boleh dan termampu, di mana hasrat itu tidak ada pada parti Islam baharu yang disebut-sebut akan ditubuhkan.

Kedua ujarnya, ‘nasyru dakwah’ iaitulah mengibarkan dakwah seluas-luasnya dan ketiga adalah ‘al qada u ala tawaghit’ yakni segera menyelesaikan segala bentuk penyelewengan terutama di dalam jamaah.

“Saya tengok terlalu lewat bertindak dari pimpinan. Semua yang ternyata bawa cela (kerosakan) tak patut lekat (berada) dah, bagi saya jangan taruh (simpan) dah. Puak ni taruh jadi bahaya, jadi duri dalam daging,” tegas beliau yang dikenali dengan julukan Tuan Guru Awang Lanai.

Manakala keempat katanya, ‘idadu jaish ‘ila ikalimatillah’ iaitulah menyediakan sebanyak mungkin tentera atau kumpulan tenaga kerja untuk meninggikan kalimah Allah.

Beliau turut memetik takrif kepimpinan oleh Imam Al-Mawardi RA dari kitab Ahkamu Sultaniah yang bermaksud “Kepimpinan diasaskan sebagai pengganti Nabi-nabi meneruskan sistem pemerintahan dalam menjaga agama dan urus tadbir dunia dengan hukum hakamnya dan pegangan mereka di tengah-tengah ummah adalah wajib disepakati”.

Perkara itu terangnya, telah tercatat sejak tahun 450 Hijrah lagi, malangnya ulama-ulama di dalam UMNO membutakan mata dan membisu terhadap perkara itu kerana menjaga periuk nasi dan kepentingan peribadi.

“Ini sebab depa (mereka) belajar (agama) mula tujuan macam tu dah. Sebab tu saya pesan kepada pelajar kita yang pergi mengaji luar negeri, jangan niat pergi belajar tu untuk nak cari makan gaji, nampak kuasa dan sebagainya.

“Siapa yang niat tujuan dia belajar (agama) macam tu, Allah akan turunkan dia tiga bala. Yang pertamanya dibalakan dengan jawatan. Kedua Allah letakkan dia dipinggir negeri di tempat tidak ada orang boleh kira berbicara.

“Bala ketiga Allah Taala matikan ketika umurnya muda lagi, tak sampai had pencen akan mati awal. Jadi yang belajar kerana tujuan tu, tengok dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Imam Ghazali sebut nasihat ni kepada pelajar-pelajar.

“Jadi, pergi luar negeri kena niat elok nawaitu. Ingat niat nampak habuan besar, balik rupanya jumpa tiga bala ni,” ujar Mudir Pondok Tahzibun Nufus Lanai, Parit Panjang.

Kerana itulah katanya, pemilihan pemimpin dalam Islam, apatah lagi Jamaah Islam, mestilah mereka yang ahli agama dan sekiranya tidak, bermakna parti atau kumpulan tersebut hanya ada Islam pada nama semata-mata.

Malah menurutnya, sebagaimana pemimpin itu adalah pengganti Nabi menjaga agama dan politik dunia, maka perlantikan pemimpin di kalangan umat juga wajib dengan ijmak ulama.

Beliau yang berpengalaman hampir 30 tahun sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan.

“Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.

“Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, “Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia”.

“Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh.

“Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan,” tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa’.

Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pemerhatiannya mengambil pandangan mereka daripada golongan bukan Islam terutama DAP berdasarkan sikap berdiam diri anggota GHB tatkala DAP menyerang pimpinan PAS, di mana diam itu adalah tanda setuju.

Sedangkan katanya, serangan DAP itu adalah kepada para alim ulama dan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

Beliau menggesa agar golongan seperti itu jangan dibawa masuk ke premis dan entiti jamaah serta dijauhi.

Membaca petikan kitab, Tuan Guru menyebut, mendepani gerak kerja jamaah adalah wajib atas setiap Muslim dan mengerjakannya dan melunasinya adalah tanggung jawab yang dituntut serta dipertanggung jawabkan di hadapan Allah.

“Akan ditanya kamu kerja tak untuk kuatkan jamaah Islam. Tuhan akan tanya kamu buat tak kerja ni? Tahap mana kamu kerja? Itu saja akan ditanya. Kita hidup atas muka bumi kuatkan tak jamaah Islam?

“Ini kadang-kadang tak ambil tahu langsung masalah jamaah Islam nak hidup atau mati, senyap saja. Nabi kata, “Setiap amalan dicatat dan dipegang dengannya pertanggung jawaban atas mereka”.

“Kerana inilah Islam seru kita untuk tempatkan diri dalam jamaah dan tegah untuk pencilkan diri ketika adanya jamaah. Kalau tak ada, wajib kita bantu tubuhkan jamaah. Jelas kena ada jamaah sehingga kalau pemimpin menyeleweng sekalipun, zalim sekalipun tetap kena duduk dalam jamaah,” terang beliau.

Tuan Guru turut membacakan hadis Nabi di mana menegaskan sesiapa keluar dari jamaah yang telah terpimpin maka boleh dipenggal lehernya kecuali ia kembali kepada jamaah dengan menegaskan bahawa hadis itu kuat kerana terdapat dalam Musnad Imam Ibnu Hambal, Sunan Tarmizi dan Sahih Muslim.

Jelasnya, terjadinya perkara-perkara sedemikian adalah disebabkan berjuang dengan tidak berpandu al-Quran dan hadis serta berjuang mementingkan jawatan dan kebendaan, bukan menuju akhirat. 
-Harakahdaily (30.6.2015)



BUNUH INI JAWAPAN USTAZ AHMAD AWANG


"Jika keluar PAS kena hukum bunuh ikut hadis yang dibawa, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam Perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS".

~Ustaz Ahmad Awang
Baling, Kedah.
03.08.15

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers