KINI PAS INGIN SERTAI DEMONTRASI?.. ADAKAH AHLI TIDAK RASA DIPERBODOHKAN?


 

 

OLEH: GREENBOC

 

 

Aug  2015

Isy, "U-Turn" Memanjang.... Kini PAS Mahu Sertai BERSIH 4.0


PAS Pusat akan menyertai Himpunan Bersih 4.0

KUALA LUMPUR: PAS Pusat memutuskan akan menyokong dan menyertai Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan hujung bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim kepada media sebaik sahaja selesai Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Kuizm hari ini.Menurut beliau, PAS konsistan dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil sebagaimana yang dituntut oleh rakyat negara ini.

Justeru, katanya PAS Pusat juga memutuskan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0.

"Atas prinsip pilihan raya adil dan bersih PAS akan menyertai Bersih 4.0 nanti,"tegasnya. Himpunan Bersih 4.0 dijangka akan diadakan pada 28 dan 30 Ogos ini. -HD


Jangan kita diperbodohkan sertai demonstrasi jalanan, kata Abdul Hadi

Penyokong-penyokong PAS diminta tidak menyertai sebarang aktiviti demonstrasi jalanan sehingga melibatkan pergaduhan dengan pihak berkuasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka tidak seharusnya dipergunakan untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab sedangkan mereka hanya memerhati tanpa melibatkan diri dengan aktiviti tersebut.

Beliau yang baru mengekalkan kerusi Presiden PAS selepas menewaskan kumpulan profesional daripada PAS berkata segala permasalahan politik yang sedang melanda negara ini seharusnya diselesaikan mengikut lunas dan syariat Islam.

“Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati. “Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab),” katanya semasa berucap di Perhimpunan Pihak 4.0 di Kuala Lumpur, Ahad malam.

Jelas Abdul Hadi lagi, demonstrasi jalanan akan mengundang keganasan sekiranya dibiarkan apatah lagi jika terdapat pihak yang membuat provokasi.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas mengenai perhimpunan haram yang diadakan di hadapan Pusat Membeli-belah Sogo pada Sabtu lalu yang menyaksikan 29 orang ditangkap pihak berkuasa.

Pemimpin profesional PAS, Mohamad Sabu yang tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini meminta penyokong-penyokongnya menyertai perhimpunan BERSIH untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Beliau yang kini mengetuai Gerakan Harapan Baru (GHB) berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak sebuah kerajaan peralihan ditubuhkan untuk mentadbir negara sehingga diadakan pilihan raya bebas demi menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran.

Perhimpunan BERSIH dirancang diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
-Rakyat Post


ULASAN GB

"U-turn" Memanjang nampak gayanya. Menuduh GHB haru-biru sekarang thmahan itu kembali kepada PAS sendiri. Haru biru PAS kini, Lansung tiada istiqamah.

Mula-mula Presiden PAS menyatakan kita jangan tertipu dengan menyertai demonstrasi jalanan.

Setelah tinggal bersendirian kerana bermosi sangat memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP dan disamping memusnahkan Pakatan Rakyat, kini, laksana hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kini PAS hendak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 sekalipun PAS belum lagi menerima sebarang jemputan untuk menyertainya.

Seringkali PAS menyatakan ia sentiasa berpegang dengan slogannya..."Beristiqamah Sehingga Kemenangan" .. namun sekarang nampaknya slogan sudah tinggal slogan.

PAS gagal beriistiqamah dengan pendirian Presidennya untuk tidak menyertai demonstrasi.

Inilah akibatnya apabila ulama PAS asyik menyerang kumpulan progresif dengan makian dan cacian seperti JEBON, BARUA, BROKER, TOLOL dan sebagainya.

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan, PAS dan ahli-ahlinya akan terus menerima "hukuman" Allah... dan nampaknya PAS yang bakal tidak bertahan dua tahun lagi... satu tuduhan Presiden PAS terhadap GHB yang bakal kembali kepada partinya sendiri.

p/s Harakahdaily telah mengubah tajuk beritanya: PAS konsisten tuntut p'raya yang bersih dan adil.. lagi bukti tiada istiqamah.

Mujur GB sempat membuat printscreen dan menyimpan tulisan asal...





No comments: