Sunday, August 23, 2015

Bersih, Cekap dan Amanah: Slogan ciptaan BN, kini dibenci BN


lim guan eng 2
KUALA LUMPUR, 23 OGOS:  Lebih 30 tahun lalu, kerajaan persekutuan Barisan Nasional memperkenalkan slogan. “Bersih, Cekap dan Amanah”. Hari ini BN menganggap slogan itu bertentangan dengan kepentingan negara.
Kontroversi itu bermula apabila Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, sebagai agensi Persekutuan, melarang sekolah-sekolah di negeri itu daripada menyertai sambutan Merdeka anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos ini.
Arahan tentang larangan itu dikeluarkan kerana tema sambutan Merdeka di Pulau Pinang pada tahun ini “Bersih, Cekap dan Amanah” dianggap sensitif kerana mempunyai perkataan “Bersih”.
Ini adalah kerana perkataan “Bersih” itu telah dikaitkan oleh pihak Jabatan Pelajaran dengan perhimpunan Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan ringkas hari ini, menegaskan bahawa tema Merdeka bagi negeri adalah Bersih, Cekap dan Amanah, dan beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus, untuk memaklumkan kepada Kementerian Pelajaran.
“Jika mereka mengharamkan (penyertaan sekolah), kita akan mengambil tindakan lanjut. Biarlah mereka isytihar BCA (Bersih, Cekap dan Amanah) sebagai haram,” katanya.
Sementara itu, Ketua Sosialis Muda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong, mengutuk  sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Pelajaran.
Screenshot_2015-08-21-13-42-19-2“Saya telah mendapat penjelasan melalui twitter daripada YB Chong Sin Woon selaku Timbalan Menteri Pelajaran bahawa larangan tersebut adalah disebabkan tema Hari Kemerdekaan mempunyai perkataan “Bersih” serta ia dilihat Kerajaan Pulau Pinang mempolitikkan Hari Kemerdekaan.
“Adalah amat jelas sekali arahan larangan ini bermotif politik, ataupun menerima tekanan dari pihak yang tertentu,” kata beliau.
Menurutnya, Kementerian Pelajaran melampau kerana terlalu sensitif dengan perkataan “Bersih” sedangkan Bersih, Cekap dan Amanah sentiasa dititikberatkan oleh semua agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri sejak lebih 30 tahun lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah mahu Kementerian Pelajaran menarik balik arahan larangan tersebut agar pelajar sekolah dapat menyertai perarakan tahun itu.
Timbalan Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan, pula menyatakan “Bersih” sebagai tema Merdeka di Pulau Pinang adalah berbahaya, dan bertentangan dengan kepentingan negara.
Menurut laporan media, beliau menyatakan arahan Kementerian adalah berikutan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara.
“Bersih, Cekap dan Amanah” adalah slogan yang dilancarkan pada 1982 di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang diselaraskan dalam konsep “Kepimpinan Melalui Teladan” yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan BN.
Kini kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilanda pelbagai skandal seperti skandal RM42 bilion 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, yang telah membangkitkan kemarahan rakyat. – 
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers