Friday, July 3, 2015

“Checkmate”: DAP desak Najib jawab WSJ atau berundur


“Checkmate”: DAP desak Najib jawab WSJ atau berundur
Add caption

“Checkmate”: DAP desak Najib jawab WSJ atau berundur

Lim Guan Eng meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya beliau gagal menjawab dakwaan dibuat Wall Street Journal (WSJ) yang berbilion ringgit disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri itu.

Setiausaha agung DAP itu berkata, buat pertama kalinya, beliau terpaksa meminta Najib berundur susulan pendedahan serius yang dibuat akhbar perniagaan itu.

“Saya tak pernah minta beliau meletak jawatan. Kami harap beliau boleh memberi respons kepada tuduhan yang serius itu.

“Najib sepatutnya failkan saman di Amerika Syarikat terhadap penerbitan itu bagi membersihkan namanya. Tetapi, terlebih dahulu, beliau mesti jelaskan isu itu. Jika tidak, beliau terpaksa letak jawatan.

“Ini satu tuduhan yang tidak pernah terjadi seumpamanya dan amat mengejutkan… Sebelum ini, tidak pernah terdapat tuduhan sebegini terhadap seorang perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Juru hari ini.

Hari ini, WSJ dan Sarawak Report menyatakan artikel yang diterbitkan mereka itu berdasarkan dokumen daripada siasatan kerajaan terhadap 1MDB.

Dokumen itu, katanya, merupakan yang pertama melibatkan Najib secara langsung dengan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib mengetuai lembaga penasihat 1MDB dan kini menghadapi tekanan politik yang semakin meningkat berhubung dana itu yang setakat ini mengumpul sejumlah RM42 bilion hutang.

Siasatan kerajaan itu, menurut WSJ, menunjukkan apa yang dipercayai penyiasat sebagai pergerakan tunai di kalangan agensi kerajaan, bank dan syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, sebelum ia berakhir di akaun peribadi Najib.

WSJ berkata ia mengkaji borang pemindahan wang bank dan aliran carta yang diperolehi penyiasat kerajaan, mencerminkan pemahaman mereka tentang aliran tunai itu.
Ia masih tidak jelas dari mana wang itu datang dari dan apa yang berlaku kepada wang yang disalurkan ke dalam akaun Najib.

PAS pula menggesa Najib untuk mengambil langkah strategik dengan melakukan pengisytiharan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan beliau bersama isterinya bagi segera membersihkan namanya.
“Bank-bank yang dinamakan perlu dijadikan saksi dalam pengisytiharan harta ini supaya ia nampak telus dan berwibawa.

“Langkah mengisytiharkan harta ini dilihat jauh lebih efektif untuk menangkis tuduhan terhadap Najib pada kali ini,” kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers