Ringgit susut ke paras hampiri krisis ekonomi 1998

Ringgit susut ke paras hampiri krisis ekonomi 1998
Ringgit susut ke paras hampiri krisis ekonomi 1998

Ringgit susut ke paras hampiri krisis ekonomi 1998

Ringgit terus menyusut dengan mengakhiri minggu ini lebih rendah berikutan pengukuhan dolar AS menyekat selera risiko untuk mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, ringgit lebih rendah berbanding mata wang Amerika pada 3.7580/7610 berbanding 3.7440/7470 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata, dolar AS meningkat mendadak selepas data jualan runcit yang bulis meningkatkan jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi akhir tahun ini.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan keseluruhannya lebih rendah.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.7806/7843 daripada 2.7789/7826 pada Khamis dan turun berbanding yen kepada 3.0368/0399 daripada 3.0294/0323.

Unit tempatan itu juga susut berbanding pound Britain kepada 5.8166/8235 daripada 5.7886/7947, tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.1962/1007 daripada 4.2180/2221.

No comments: