POLIS LAWAN RAKYAT. RAKYAT LAWAN POLIS

 Kisah yang diberikan kurang jelas bagaimana penduduk yang dipercayai peneroka di Bahau telah menentang pihak berkuasa. Mungkin peristiwa berkaitan mengeluarkan kayu getah.


Seorang peneroka telah di tahan pada kejadian waktu pagi disebabkan beliau menahan lori yang cuba masuk ke ladang Gatco untuk membawa keluar kayu getah. 
 
Lori tersebut masuk dengan bantuan polis Balai Air Hitam, Bahau, Negeri Sembilan. Beliau cedera teruk akibat diserang oleh polis. Salah seorang polis menggunakan baten dan memukul pada kepala beliau. Beliau masih lagi ditahan dibalai. 
 
Seorang wanita juga dimasukan ke hospital kerana dipukul oleh sekumpulan polis dan rela. Sebelah petang satu lagi wanita ditahan sebab belum diketahui. Wanita ini merupakan mangsa yang pernah buat laporan polis terhadap OCS Srj Abu Bakar berkenaan sexual harrasment. Mereka berdua masih lagi berada dlm tahanan polis. 

Polis serta rela hari ini menggunakan baten dan bertindak ganas serta liar terhadap penduduk yang tidak mempunyai sebarang senjata. Beberapa polis menyuruh Rela menutup muka dan memberi arahan untuk menyerang peneroka. 
 
Polis yang memberi arahan tersebut menanggalkan Name Tag mereka dan memberi perlindungan kepada pegawai Rela tersebut. 9/6/2015

ADUKA TARUNA FB.

No comments: