Perwakilan PAS tak puas hati NGO bantu mangsa banjir

Perwakilan PAS tak puas hati NGO bantu mangsa banjir
Perwakilan PAS tak puas hati NGO bantu mangsa banjir

Perwakilan PAS tak puas hati NGO bantu mangsa banjir

Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan hari ini membidas kumpulan dalaman parti yang dilihat “bersaing” dengan kerajaan Kelantan untuk membantu mangsa banjir membina semula kehidupan mereka.

Kamaruzaman Mohamad dalam perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar PAS ke-61 berkata kumpulan demikian memberi imej buruk kepada kerajaan negeri dan cuba mencari nama untuk diri sendiri.

“Mutakhir ni, ada pergerakan seperti bersaing dengan jemaah sendiri untuk membina nama sendiri. Apabila Kelantan banjir, wujud NGO daripada jemaah sendiri bersaing dengan kerajaan negeri untuk menunjuk seolah-olah kerajaan negeri lemah uruskan tragedi banjir,” katanya ketika bercakap di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Kuala Selangor, pagi ini.

Beliau turut menyalahkan “media baru” yang menyerlahkan usaha NGO itu sekali gus memberi gambaran buruk kepada kerajaan PAS Kelantan.

“Media baru memperlekehkan kita, seolah-olah kerajaan pasca Nik Aziz lemah dan tak boleh tangani bencana ni. Sepatutnya kita bekerjasama dengan jemaah kita untuk buktikan kita lebih baik daripada kerajaan BN,” katanya.

Pada 22 Mei lalu, The Malaysian Insider melaporkan mengenai Impian Kelantan, projek pembinaan semula rumah dan kampung di Kelantan yang diusahakan DAP dan PAS, Pemuda DAP serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) selepas banjir teruk melanda negeri itu, Disember tahun lalu.

Dilancarkan pada 31 Januari lalu di Kota Baru, DAP sendiri mengeluarkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membangunkan Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.
Antara penyokong utama projek itu di Pasir Tumboh adalah bekas calon PAS untuk kerusi Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah yang menguruskan projek itu menerusi NGO Cakna UT.

Sementara, Impian Kelantan sendiri dipengerusikan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

No comments: