Permintaan anak-anak pemimpin PAS: Jangan pecahkan PR!

Permintaan anak-anak pemimpin PAS: Jangan pecahkan PR!
Permintaan anak-anak pemimpin PAS: Jangan pecahkan PR!

Permintaan anak-anak pemimpin PAS: Jangan pecahkan PR!

Tiga anak bekas pemimpin utama PAS bertemu dalam satu forum di hotel Ritz Carlton, Shah Alam malam tadi.

Mereka adalah Mujahid Yusuf anak kepada mantan Presiden PAS 1980an Haji Yusuf Rawa, Faiz Fadzil anak kepada mantan presiden PAS Fadzil Noor, berkuasa sebelum era Hadi Awang dan anak mantan Mursyidul Am PAS yang terkenal Nik Aziz Nik Mat, iaitu Nik Omar Nik Aziz.

Ketiga-tiga mereka menyeru penyatuan PAS dengan PR dikekalkan dan mahu perwakilan yang akan mengundi dalam Muktamar Pemilihan 4 Jun ini berfikir semasak-masaknya sebelum menyokong puak yang berura-ura ingin mengkaji semula tahaluf siyasi bersama PR yang diasaskan pada era Fadzil Noor.

Faiz Fadzil berkata penyertaan PAS dalam PR amat besar maknanya kepada perjuangan mengembangkan syiar Islam. Perkongsian kuasa dengan PKR dan DAP di beberapa buah negeri begitu cemerlang dan tidak sepatutnya agenda itu dipertikaikan.
“Selangor adalah contoh terbaik tahaluf siyasi bersama parti-parti politik. Ia adalah satu kejayaan besar. Oleh itu, jangan kita pecahkan Pakatan

“Gandingan ulama dan profesional juga telah menunjukkan kejayaan dalam PAS sejak diasaskan pada zaman Fadzil Noor. PAS sekarang kena berubah untuk meneruskan perjuangan pada masa depan,” katanya.

Mujahid pula mempersoalkan ketakutan pemimpin PAS dalam isu-isu agama Islam. Katanya, tidak relevan orang Islam di Malaysia yang menguasai negara takut kepada bukan Islam.

“Kenapa orang Islam dalam PAS takut kepada bukan Islam?

“Selain itu, ahli PAS pula dah sama macam Umno kebelakangan ini. Kita asyik saling menyerang sesama sendiri,” katanya mempertikaikan cara berkempen menjelang muktamar yang tidak langsung memperlihatkan akhlak Islam.

Mengenai Hudud Mujahid berkata, isu itu tidak sewajarnya memecah belahkan Pakatan sebagaimana yang berlaku hari ini.

“Tok Guru Nik Aziz tahu Hudud ni tak boleh dilaksanakan kerana kekangan undang-undang pusat, sebab itu ia hanya diluluskan di peringkat negeri sahaja.

“Tapi bila Umno sokong nak laksana Hudud, kita rasakan Umno nak jerat PAS. Jika Umno ikhlas dan jujur bab Hudud ni kenapa mereka tak buat di negeri yang mereka perintah dahulu?” tanyanya.

Sementara itu, Nik Omar pula membawa khalayak menghayati kefakihan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam memerintah Kelantan selama 23 tahun. Katanya, banyak cabaran yang dilalui Nik Aziz. Namun, kebijaksanaan beliau untuk bekerjasama dengan pelbagai parti berjaya mempertahankan Kelantan.

Forum itu dibanjiri oleh hadirin sehingga dewan tidak mampu menampung khalayak. Jika dilihat kepada semangat hadirin maka jelas puak profesional mempunyai peluang besar untuk memenangi jawatan-jawatan penting dalam muktamar yang bakal diadakan kelak.

No comments: