Thursday, June 25, 2015

PasMa berbilang kaum akan bergerak lebih mantap – Nizar Jamaluddin


PasMa berbilang kaum akan bergerak lebih mantap – Nizar Jamaluddin

PasMa berbilang kaum akan bergerak lebih mantap – Nizar Jamaluddin

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang disebut-sebut akan membantu menubuhkan sebuah parti politik baharu sebagai wadah pemimpin profesional PAS yang kalah dalam Muktamar ke 61 lalu akan menjadi NGO yang lebih mantap dan berupaya mencatur politik negara selepas ini.

Hal itu disuarakan oleh bekas AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin. Beliau mengulas keahlian NGO terbabit yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

“Jika mereka (PasMa) meneruskan momentum yang sedang dilakukan sekarang, tidak mustahil gerakan PasMa ini bakal mendapat sokongan padu daripada ahli akar umbi PR yang berbilang kaum,” kata Nizar kepada suarapakatandaily.

Beliau berkata, PasMa boleh terus melonjak ke hadapan dengan syarat bergerak sebagai NGO tanpa mengubah strukturnya kepada parti politik.

Bagaimanapun, Nizar tidak menolak usaha sesetengah pihak yang ingin menubuhkan sebuah parti Islam baharu sebagai pilihan lebih meluas kepada pengundi.

“Dalam negara yang bebas, mengikut fahaman demokrasi, sesiapa saja boleh menubuhkan parti baru tanpa perlu ragu-ragu jika mengikut prosedur yang betul tanpa menyalahi undang-undang perlaksanaannya,” tambah beliau.

Nizar juga mencadangkan parti politik baharu, sekiranya ingin ditubuhkan, perlu dikaji keberkesanan dan jumlah sokongan daripada pengundi terlebih dahulu.

“Ia perlu diisytiharkan secara umum supaya seluruh lapisan masyarakat mengetahui perkara ini, kemudian barulah kita dapat membuat analisis terperinci terhadap peratus sokongan penubuhan sesebuah parti baru itu,” ujarnya.

Mengulas isu kestabilan kerajaan Selangor selepas berakhirnya PR, beliau berkata bentuk gabungan yang sedia ada adalah utuh dan tidak akan karam jika parti komponen saling bantu-membantu walaupun terdapat pertelagahan dalam kalangan pemimpin utama parti PKR, PAS dan DAP di peringkat pusat.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers