Wednesday, June 24, 2015

Pakatan baharu akan muncul lebih tenguh, mantap – Anwar


Pakatan baharu akan muncul lebih tenguh, mantap – Anwar

Pakatan baharu akan muncul lebih tenguh, mantap – Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang membawa tiga parti berlainan ideologi duduk semeja – kekal optimis dengan masa depan pembangkang sekalipun Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Beliau, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, percaya pembangkang akan lebih kuat selepas “disusun semula dengan kekuatan baru”.

“Saya percaya bahawa Pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.

“Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan,” katanya dalam satu perutusan melalui peguamnya yang diedarkan oleh PKR.

Sedar beberapa perkara berlaku mutakhir ini, Anwar berkata niat dan semangat pembangkang untuk menyelematkan Malaysia daripada dakwaan kepincangan tatakelola dan autoritarianisme BN terus utuh.

Beliau berkata tekanan dan ketegangan dalam Pakatan Rakyat adalah fitrah sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik dan tidak bermakna ia tidak boleh diselesaikan dan mengatasi masalah yang dihadapi.

“Kita sekarang sedang berusaha untuk menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal, supaya rakyat dapat diberi khidmat yang lebih baik.

“Pada masa yang sama, walau apa pun, pembangkang masih berfungsi dan teguh di peringkat kerajaan-kerajaan negeri dan Parlimen,” katanya .

Sehubungan itu, beliau menggesa teman-teman seperjuangan di dalam parti pembangkang dan juga rakyat untuk terus bergerak dalam perjuangan sehingga kemenangan dikecapi dan Malaysia diselamatkan.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers