MB Azmin Ali alu-alukan penubuhan parti baharu

MB Azmin Ali alu-alukan penubuhan parti baharu
MB Azmin Ali alu-alukan penubuhan parti baharu

MB Azmin Ali alu-alukan penubuhan parti baharu

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengalu-alukan penubuhan parti politik baharu yang dicadangkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), semalam.

Beliau yang juga menteri besar Selangor berkata, di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mana-mana pihak berhak untuk menubuhkan parti politik masing-masing.

“Kami (Pakatan Rakyat) akan melihat terlebih dahulu apakah idea dan polisi Pasma sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Semarak Ramadhan peringkat negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Katanya lagi, PR akan menerima mana-mana parti politik dan individu yang mempunyai idea perjuangan dan polisi yang sama.
Pasma mencadangkan parti politik baharu itu bagi menggantikan PAS dalam PR selepas PAS dalam muktamar tahunannya ke-61 baru-baru ini, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP.
PAS dan DAP adalah parti gabungan dalam PR, di samping PKR.

No comments: