Lapan lanun Indonesia akan diekstradisi

 | June 20, 2015 
Permohonan itu akan dikemukakan kepada dua negara iaitu Vietnam dan Indonesia supaya siasatan serta pendakwaan dapat dijalankan segera.
zahid,lanun
Bagan Datoh: Malaysia akan mengemukakan permohonan bagi mengekstradisi lapan suspek lanun yang perampas kapal tangki Malaysia MT Orkim Harmony ke negara ini.

Ia bagi membolehkan mereka didakwa di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan itu akan dikemukakan kepada dua negara iaitu Vietnam dan Indonesia supaya siasatan serta pendakwaan dapat dijalankan selewat-lewatnya Selasa ini.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan melakukan siasatan lebih lanjut selepas siasatan awal dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam.
“Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan Vietnam, Kemboja serta Thailand yang turut memberikan kerjasama kepada pihak penguat kuasa Malaysia,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro Online.

Terdahulu beliau menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Khairiah, Selekoh, Bagan Datoh.

Lapan suspek warga Indonesia ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan negara itu kira-kira 6.30 pagi Jumaat.

No comments: