Langkah salah jika MB Azmin Ali pilih PAS

Langkah salah jika MB Azmin Ali pilih PAS
Langkah salah jika MB Azmin Ali pilih PAS

Langkah salah jika MB Azmin Ali pilih PAS

Menteri Besar Selangor Azmin Ali akan melakukan kesilapan strategi sekiranya betul khabar angin mengatakan beliau lebih memilih PAS berbanding DAP untuk menjadi sekutu dalam kerajaan Selangor adalah benar.

Desas desus Azmin lebih condong kepada PAS semakin hangat apabila beliau mengeluarkan kenyataan keras ‘memarahi’ Pengerusi DAP Selangor Tony Pua kerana memberi kata dua sama ada memilih DAP atau PAS.

Strategi memilih PAS berbanding DAP mungkin kerana Azmin terhutang budi kepada Presiden PAS Hadi Awang. Hadi menyebut nama Azmin ketika mesyuarat AJK PAS Pusat, sedangkan ketika itu Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mencadangkan nama Dr Wan Azizah.

Azmin juga mungkin terkesan dengan politik istana yang kelihatannya lebih lunak kepada PAS berbanding PKR.
Namun Azmin juga perlu memandang kepada perjuangan rakyat yang inginkan reformasi total. Rakyat tidak mahu kepada politik cara PAS pasca Muktamar ke 61 yang mahu memperjuangkan isu Melayu melawan agenda Umno.

PKR akan kalah dalam PRU 14 sekiranya Azmin mahu bersama PAS. Sejarah telah membuktikan apabila DAP menarik diri daripada Barisan Alternatif pada 2001 persekutuan PAS dan PKR memasuki PRU 2004 dengan serba kekeliruan.

PAS bermegah kononnya dokumen Negara Islam yang dilancar sebelum PRU akan diterima sebagai penyelesaian segala masalah negara. PKR terpaksa mengikut rentak PAS. Akhirnya PKR kalah teruk. Hanya Presiden Dr Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Permatang Pauh. Selebihnya Azmin sendiri kalah kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Azmin perlu mempertimbangkan rekod tersebut semasak-masaknya. Sekurang-kurangnya DAP masih belum mempunyai rekod bersama PKR dan kalah teruk.

Dengan politik PAS yang terus-menerus menyerang DAP melalui Ketua Pemuda dan Ketua Penerangannya amat mustahil penyokong bukan Melayu boleh memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah.

Pakatan akan dilihat rasis dan tidak mempunyai perbezaan dengan BN. Sebaliknya sekiranya DAP dijadikan sekutu maka Pakatan akan dilihat lebih pelbagai dan menyokong perjuangan untuk Malaysia baru.

PAS juga tidak mempunyai agenda bagi semua rakyat Malaysia kecuali untuk menguatkan kedudukan agenda Islam. Bukan semua ahli PKR adalah Melayu Islam. Dengan cara keras PAS maka mereka juga mungkin akan menjauhkan diri dan merugikan PKR dalam pilihan raya.

Oleh itu adalah lebih baik PAS dijadikan sekutu sahaja dan PKR memilih DAP sebagai rakan kongsi utama dalam Pakatan Rakyat.
Ulama PAS tidak boleh dikawal. Manakala pemikir dan ahli strategi terulung PAS Dr Zuhdi pula telah mengeluarkan cadangan agar PAS bertanding di kerusi-kerusi DAP yang mempunyai pengundi Melayu. Jelas strategi yang tidak masuk akal dan akan menguntungkan BN untuk berpuluh-puluh tahun lagi.

Oleh itu, lebih baiklah Azmin memeriksa asas sokongan kepada Pakatan sebelum beliau bertegas mahu mempertahankan PAS sebagai rakan kongsi utama di Selangor.

No comments: