Sunday, June 14, 2015

KU LI BAKAL PM.....Media Antarabangsa lapor Najib akan berdepan undi tak percaya..


ASD



Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Malaysia Ketujuh.

Razaleigh atau Ku Li, 78, dilaporkan akan mengetuai kerajaan perpaduan kerana Barisan Nasional (BN) sudah hampir lumpuh disebabkan skandal 1MDB, sebagai jalan kepada kemelut politik negara.

Menurut laporan Asia Sentinel, satu pertemuan telah diadakan di kediaman Ku Li pada 11 Jun lalu yang diketuai Tun Daim Zainuddin, rakan baik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Laporan itu mendakwa, Daim telah diberi tugasan memujuk Ku Li menerima tanggung jawab itu.

Perjumpaan kedua akan diadakan pada minggu ini dan diikuti dengan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen, tulis laporan itu yang memetik sumber.

Laporan itu menyebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan menggantikan Najib sebagai Presiden UMNO bagi memperkukuhkan parti yang terjejas teruk akibat skandal 1MDB.

“Razaleigh akan diterima semua. Sebelum ini beliau akan keberatan kerana menjaga isterinya yang sakit. Kematian isteri beliau baru-baru ini membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya kepada negara,” tulis laporan itu lagi.

Portal berita yang berpangkalan di Hong Kong itu mendakwa, Ku Li, Ahli Parlimen UMNO paling lama, telah lama menjadi pilihan menggantikan Najib tetapi tidak mendapat sokongan sepenuhnya ahli parti.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi politik tidak menentu yang turut menjejaskan ekonomi negara, pemimpin UMNO akan menerima Ku Li.

Menurut laporan 12 Jun itu, kejatuhan nilai ringgit telah merisaukan pelabur asing ditambah pula skandal 1MDB telah mendorong pemimpin UMNO berbelah bahagi untuk terus menyokong Najib.

Mereka bimbang ketidak tentuan politik dalaman akan menyebabkan UMNO dan BN kalah pada pilihan raya akan datang lapor FreeMalaysiaToday
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers