Kafir-mengkafir, 30 tahun belum tentu akan berakhir – Mat Sabu

SUARA PAKATAN DAILY.COM  akan menyiarkan artikel dan ucapan pemimpin di Muktamar dari masa ke semasa...SOKONGLAH PAKATAN RAKYAT

Kafir-mengkafir, 30 tahun belum tentu akan berakhir – Mat Sabu

Kafir-mengkafir, 30 tahun belum tentu akan berakhir – Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menggesa PAS agar menjaga akhlaknya terhadap orang bukan Islam supaya sokongan mereka kepada PAS dapat terus dikekalkan.

Katanya, sifat bertolak ansur dengan orang bukan Islam perlu diteruskan selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran agama dan peraturan parti.

“Tindakan kita janganlah sampai menghalau mereka yang bukan Islam daripada bersama kita.

“Menghalau mereka bukan daripada segi bahasanya, tetapi melalui perbuatan dan kenyataan kita.

“Carilah toleransi paling tinggi selagi ia tidak merosakkan akidah, bertentangan Majlis Syura, dan tidak melanggar prinsip perjuangan Islam,” katanya sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda PAS di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam petang ini.

Seruan itu dibuat Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu, sewaktu PAS di bawah kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilihat bertindak menjarakkan diri daripada DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Malah hari ini, DAP dilaporkan membuat keputusan memboikot Muktamar Pemuda PAS dan tidak akan menghantar pemimpinnya menghadiri muktamar penuh dari 4 hingga 6 Jun, lapor Malaysiakini.

Keputusan itu dipercayai dibuat ekoran PAS menerusi Hadi berkeras mahu membentangkan rang undang-undang persendirian hudud itu di Dewan Rakyat.

Sementara itu, dalam ucapan sama Mat Sabu mengingatkan mengenai bahaya budaya takfir (kafir-mengkafir) yang boleh menjadi kemelut sehingga membawa kepada perpecahan untuk jangka masa lama.

Beliau memberi contoh Somalia dan Syria yang menurutnya masing-masing mempunyai sehingga 7 ke 8 kumpulan yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi berseteru di antara satu sama lain.

“Kalau kita terlibat dalam kemelut takfir ini, 20 atau 30 tahun belum tentu boleh keluar daripadanya.

“Eropah sendiri menghadapinya selama 200 tahun,” katanya merujuk kepada perbalahan di antara mazhab Protestan dan Katolik di benua itu.

“Kita mahu memperbanyakkan ‘Ban Ki Moon’ (diplomat Korea merangkap setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), bukan memperbanyakkan orang mencipta peperangan,” katanya.


No comments: