Sunday, June 7, 2015

Ini karma untuk Mahathir, kata pemimpin KEADILAN

KUALA LUMPUR 5 JUN- Ibarat hukum karma, itu mungkin istilah yang tepat bagi menggambarkan keadaan dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Pagi ini kecoh satu Malaysia apabila polis menghentikan ucapan mantan Perdana Menteri itu dalam satu majlis bertajuk ‘Nothing To Hide’ yang bertujuan membincangkan isu 1MDB.

Dialog PMSebelum majlis bermula, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan majlis dialog NGO bersama Perdana Menteri itu dibatalkan dengan alasan ketenteraman awam.
Majlis yang sepatutnya dihadiri Datuk Seri Najib Razak itu kemudian bertukar menjadi majlis dialog bersama Mahathir.
Ekoran itu, ucapan Mahathir bukan sahaja dihentikan pihak polis, bahkan pembesar suaranya dimatikan dan beliau diiringi keluar dari Dewan Tun Hussein Onn.

Pemimpin KEADILAN menyifatkan apa yang dilalui Mahathir hari ini, adalah sama seperti apa yang pernah dilakukannya terhadap pemimpin pembangkang selama 22 tahun berkuasa.
Sepanjang pentadbirannya, Mahathir menggunakan pelbagai akta drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk menyekat kebebasan bersuara di negara ini.

“Tun Mahathir jadi mangsa kepada budaya dan perangai yang dia sudah bentuk ketika dia berkuasa dahulu. Sekarang dia sudah dapat balasan dari peninggalannya.

“Saya harap beliau buka mata orang Umno yang kuat sokong akta hasutan apabila perkara ini terjadi kepada diri sendiri,” kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli di laman sosial Twitter.
Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari di laman Twitternya turut menyifatkan bahawa pada sesetengah orang, ini mungkin karma bagi Mahathir.

“Ini jadi #something2Hide. Ada yang pandang dia hero, ada yang pandang ia satu karma,” katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren berkata Mahahir telah ‘disenyapkan’ oleh amalan kuku besi yang diamalkannya sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri.

“Dr M disenyapkan oleh negara kuku besi yang dia sendiri cipta,” sindirnya di laman sosial itu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Azmizam Zaman Huri pula berkata Mahathir tidak menyalahkan Perdana menteri semata-mata.

“Dulu Dato’ Seri @anwaribrahim kena macam ni semasa zaman Tun Mahathir berkuasa sebagai PM… Sekarang Dato’ Seri Najib yang berkuasa… So Tun Mahatir jangan salahkan Dato’ Seri Najib pula sebab ini semua ajaran Tun Mahathir jugak hahaha…,” sindirnya.

Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaikh Ismail pula mempersoalkan tindakan ketua polis negara memberi arahan membatalkan sesi dialog tersebut disebabkan faktor keselamatan.

“Dibatalkan atas alasan keselamatan…Bayangkan keselamatan PM di tempat awam pun PDRM tak boleh jamin apatah lagi keselamatan RAKYAT.. #1MDB,” tulis beliau.

Lagi satu tweetnya berbunyi “Tun jangan nak opocot sangat la Najib tak datang hari ni, Tun pun masa kita mintak debat dengan DSAI (Anwar) dulu tak datang juga kan,” tulisnya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers