Thursday, June 25, 2015

Ekonomi bermasalah: Lebih 107,000 musflis sejak 2010

Ekonomi bermasalah: Lebih 107,000 musflis sejak 2010

Ekonomi bermasalah: Lebih 107,000 musflis sejak 2010

Lebih 107,000 individu diisytihar muflis sejak 2010 hingga April lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata daripada jumlah itu, individu berusia 35-44 tahun merupakan golongan tertinggi diisytiharkan bankrap iaitu seramai 37,888 orang.

“Sementara itu individu di bawah usia 45 hingga 54 tahun sebanyak 29,952 orang, 25 hingga 34 tahun (23,484), 55 dan ke atas (13,490), manakala di bawah 25 tahun seramai 1,469 orang,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang ingin tahu mengenai jumlah individu diisytiharkan bankrap.

Ahmad berkata antara punca utama yang menyebabkan kes kebankrapan termasuk gagal menjelaskan bayaran sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, peribadi serta kad kredit, pinjaman perniagaan serta penjamin sosial.

Katanya bagi membendung tahap keberhutangan dalam kalangan golongan muda dan mengelak tindakan kebankrapan, kerajaan antaranya mengambil inisiatif melalui penyampaian pendidikan kewangan secara menyeluruh di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi.

Ahmad berkata Bank Negara Malaysia (BNM) bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengintegrasikan pendidikan kewangan ke dalam mata pelajaran teras bagi kurikulum baharu sekolah.

Penyampaian pendidikan kewangan di institusi pengajian tinggi (IPT) turut dilaksanakan melalui kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang dilaksanakan di 52 buah IPT serta 30 buah Politeknik di seluruh negara, katanya.

Ahmad berkata BNM turut mensyaratkan institusi kewangan memberi pembiayaan secara bertanggungjawab selaras dengan kemampuan peminjam membayar balik pinjaman tanpa dibelenggu beban hutang yang melampau sepanjang tempoh pembiayaan.
 
Katanya selain itu, BNM juga mengeluarkan garis panduan kad kredit sebagai langkah untuk memastikan tahap pengeluaran dan penggunaan kad kredit dalam kalangan pengguna adalah secara berhemat.

“Bagi individu yang menghadapi masalah kewangan dan kesukaran untuk membayar balik pinjaman juga boleh berbincang dengan institusi kewangan masing-masing atau menghubungi AKPK untuk khidmat nasihat,” katanya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers