Dewan Ulama PAS beri amaran batal kerjasama PR


Dewan Ulama PAS beri amaran batal kerjasama PR

Dewan Ulama PAS beri amaran batal kerjasama PR

Dewan Ulama PAS mendakwa DAP mengamalkan ‘pecah dan perintah’ terhadap mereka dan memberi amaran tindakan itu boleh membatalkan kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat.

Pemangku ketua dewan itu Datuk Mahfodz Mohamed membangkitkan tindakan DAP menyerang dan memutuskan hubungan dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi bukan dengan PAS.

“Terkini DAP pula memberi isyarat campur tangan dalam pemilihan dalam pemilihan PAS dengan mengandaikan mereka akan membuat keputusan berhubung kedudukan mereka dalam Pakatan selepas muktamar PAS.

“Ia adalah isyarat campur tangan yang jelas agar perwakilan memilih pemimpin baru PAS yang pro dengan segala tindak tanduk DAP.

“Situasi ini memperingatkan kita dengan syarat-syarat tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang telah digariskan oleh Majlis Syura Ulama pada 2009.

“Tindakan provokatif DAP ini boleh membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara parti Islam dengan parti sosialis tersebut,” katanya.


No comments: