Bawa usul ke Majlis Syura melanggar peraturan PAS

Bawa usul ke Majlis Syura melanggar peraturan PAS

Bawa usul ke Majlis Syura melanggar peraturan PAS

Bawa usul ke Majlis Syura melanggar peraturan PAS

EKSKLUSIF: Bekas Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang menegaskan tindakan menerima usul memutuskan kerjasama PAS – DAP tanpa bahas dalam Muktamar 4 – 6 Jun lalu kemudian membawa usul tersebut untuk diputuskan oleh Majlis Syura Ulama (MSU) adalah tindakan yang tidak mengikut peraturan.
Menurut Ahmad, MSU tidak sewajarnya masuk campur dalam isu di Muktamar kerana badan pemutus hukum itu hanyalah sekadar “Advisor Council” dan setiap peringkat perbahasan isu dalam Muktamar bukan di bawah bidang kuasa MSU.

“Muktamar seharusnya bertanggungjawab membahaskannya (dan membuat keputusan). Barulah segala keputusan dibuat mengikut landasan yang betul tanpa berlaku sebarang kekecohan,” kata Ahmad.

Menurut beliau lagi, perkara tersebut menjadi bertambah rumit apabila sebahagian ahli MSU berada di dalam Dewan Ulama. Dan orang yang sama itu juga, katanya, membuat usul tanpa menimbang implikasi buruk ke atas PAS kerana tidak mendapat maklumat yang meluas daripada ahli.

“Akibatnya, presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang tidak dapat membuat keputusan (yang bijak) oleh kerana sikap pucuk pimpinan yang tidak berterus terang dalam menyelesaikan isu ini,” tegas Ahmad.

No comments: