Akar Umbi Mahu Parti Islam Yang Baharu, Pakatan Yang Baharu Tanpa PAS...

GREENBOC


Tuan-tuan mahu parti baru?'

Anak bekas presiden Pas, Faiz Fadzil berjanji untuk 'membawa' gemuruh tepukan hadirin dalam majlis forum malam tadi kepada Mohamad Sabu sebagai salah satu input sebelum keputusan mengenai pembentukan parti baru dibuat.

"Tuan-tuan masih mahu PAS? Kalau tak mahu, buka parti baru," katanya.

Sebaik saja ungkapan itu diajukan, hadirin membalasnya dengan tepukan yang gemuruh.

"Kalau tuan-tuan nak parti baru, kita akan bincangkan. Tepukan malam ini saya kena lapor kepada Abang Mat (Mohamad Sabu)," katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, tanpa menjeaskan butiran lanjut, Faiz berkata, beliau akan membawa 'tepukan' itu kepada "pemimpin" kumpulan profesional yang disingkirkan perwakilan dalam muktamar PAS lalu, iatu Mohamad Sabu.

Faiz bercakap dalam forum Apa Selepas Muktamar PAS di Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, pemimpin PKR Low Chee Chong dan penganalisis Lim Hong Siang.

Faiz yang turut gagal dalam cubaannya menempatkan diri dalam Jawatankuasa Pemuda PAS berkata kegagalan pemimpin PAS, DAP dan PKR menangani isu Pakatan Rakyat telah membawa kepada perpecahan gabungan itu.

"Saya tidak nafi isu (putus hubungan dengan DAP) dibawa oleh PAS. Kita ada Majlis Presiden tetapi ia tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga memecahkan Pakatan Rakyat," katanya.

Walaupun Pakatan dikatakan berkubur, Faiz berkata, pakatan pembangkang masih hidup malah beliau percaya satu gabungan baru mungkin ditubuhkan selepas ini.

ULASAN GB

kempen pemilihan muktamar kali ke 16 akan tetap terpahat dalam sejarah sebagai kempen pemilihan paling jijik. Kempen jijik ini diterajui oleh mereka yang bergelar ulamak.

Memfitnah, mencaci-maki, melabel, menggunakan cai - kesemuanya "dihalalkan" oleh pimpinan PAS Pusat tanpa sebarang sekatan untuk memenangkan kumpulan ulama.

Sekalipun pimpinan PAS Pusatmenutup matanya, namun Allah itu tidak buta dan tidak lalai.

Sekalipun kumpulan profesional dihina dan difitnah namun Allah akan tetap memelihara mereka dan memberi mereka ruang baru untuk mengangkat dan menjulang martabat Islam seperti yang pernah mereka lakukan untuk PAS dengan slogan PAS FOR ALL.

Akar umbi di mana-mana pun kini menyuarakan tetang perlunya sebuah parti Islam yang baru bagi menggantikan PAS yang sudah busuk akibat dari perbuatan ulamak yang khiaanat, yang celupar, yang gila jawatan dan gila kuasa.

InsyaAllah, para pemimpin profesional kini sedang membuat pemantauan dan kajian. Lepas raya nanti, insyaAllah, kita akan mempunyai sebuah parti islam yang lain selain dari PAS. Kita bukan ada parti Islam baharu, malah kita akan ada Pakatan Rakyat yang baharu.

Jangan bimbang walaupun orang kata umurnya mungkin tak lama kerana umur PAS pun belum tentu panjang. Jika perjalanan parti islam yang baru itu betul tidak sebab Allah tidak "memanjangkan umurnya". Dan jika perjalanan PAS sudah tidak betul, tiada sebab Alllah tidak "memendekkan umurnya". Itu hukum kebenaran dan keadilan yang telah Allah janjikan melalui "sunnatullahNya".

No comments: