1MDB, PetroSaudi anak jantan kalau berani tunjuk emel sebenar


1MDB, PetroSaudi anak jantan kalau berani tunjuk emel sebenar
PJ Utara MP Tony Pua

1MDB, PetroSaudi anak jantan kalau berani tunjuk emel sebenar

DAP mencabar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International mendedahkan versi asal dokumen yang didakwa diubahsuai, susulan penangkapan bekas pengarah syarikat itu atas tuduhan peras ugut.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata ini langkah terbaik bagi dua syarikat itu membidas pelbagai tuduhan dan pendedahan yang diterbitkan organisasi media dan Sarawak Report.

Menurut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, 1MDB sejak Januari tahun ini “tidak melakukan sebarang usaha” mengemukakan bukti dan dokumen bagi menidakkan laporan Sarawak Report.

Menurutnya, 1MDB tidak pun menafikan butiran pendedahan seperti tindakan pengurusan tertinggi 1MDB menandatangani perjanjian pelaburan bernilai USD$1 bilion usahasama dengan PetroSaudi dalam masa lima hari bertemu PetroSaudi.

Syarikat bermasalah itu tidak menafikan US$700 juta dan US$550 juta dipindahkan kepada Good Star Limited, satu syarikat yang dikuasai taikun Low Taek Jho, kata Pua.

Menurutnya lagi, sehingga kini 1MDB tidak mampu memberikan maklumat tentang pelaburan dibuat dengan US$2.318 bilion di Kepulauan Cayman yang kini ditebus dan sebahagiannya dibelanjakan dengan bakinya disimpan dalam bentuk “unit” yang misteri di BSI Bank Singapura.

Malah, penerbit Sarawak Report, Clare Rewcastle mengundang pihak berkenaan menyamannya di mahkamah jika beliau salah nyata emel-emel atau dokumen di lamannya.

“Tiada usaha dari PetroSaudi, 1MDB atau Jho Low berbuat demikian. Semua yang kita dapat adalah penafian umum yang lemah, sekadar mengenepikan tuduhan serius sebagai maklumat diubahsuai.

“Ayuh 1MDB. Jadi jantan atau mengakulah. Berhenti bersembunyi di balik kain kerajaan menggunakan kerahsiaan dan pada masa sama menyalah gunakan kuasa,” kata Pua dalam kenyataan.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memetik laporan The Star, berkata beberapa rakyat Malaysia di belakang dokumen dan emel yang didakwa diubah suai yang diambil dari PetroSaudi berkenaan urusniaganya dengan 1MDB.

Zahid turut memberi amaran kepada The Edge dan pemiliknya Datuk Tong Kooi Ong yang permit penerbitan kumpulan itu boleh ditarik semula.

Menurut Pua, amaran Zahid itu berdasarkan sumber tanpa nama PGI.

“Ia mungkin ‘data tidak lengkap’ kerana beberapa dokumen urus niaga utama tiada dalam emel yang dibocorkan.

“Kepada PetroSaudi dan 1MDB, ia mungkin’dipilih secara kreatif’ tetapi kepada pembayar cukai Malaysia, ia ditapis secara bijak,” katanya.

No comments: