PKR cabar 1MDB dedah perincian pembayaran hutang

PKR cabar 1MDB dedah perincian pembayaran hutang
 
PKR cabar 1MDB dedah perincian pembayaran hutang

PKR cabar 1MDB dedah perincian pembayaran hutang

Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli, hari ini menggesa Putrajaya memberikan perincian bayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula dari Januari tahun ini.
Katanya, ia bagi menangkis dakwaan yang pelaburan dana awam ke dalam syarikat pelaburan strategik negara itu sekadar untuk membayar hutang 1MDB semata-mata.

“Munasabah rakyat dimaklumkan apakah senarai hutang pokok dan faedah yang perlu dibayar 1MDB bermula dari Januari 2015 supaya spekulasi yang dana-dana awam disuntik ke dalam 1MDB untuk membayar hutang diperjelaskan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Gesaan itu dibuat ahli Parlimen Pandan itu selepas Kementerian Kewangan menolak permintaannya supaya diberikan jadual pembayaran semula hutang 1MDB.

“Perincian yang diminta masih belum diaudit dan menjadi amalan bagi syarikat untuk hanya mengemukakan perincian yang diaudit sahaja kepada umum agar maklumat yang diberikan adalah tepat, terperinci dan disahkan juruaudit,” menurut jawapan bertulis yang diterimanya.

No comments: