Pengundi Luar Permatang Pauh: Pulanglah dan kalahkan pemerintah kleptocracy.

Sunday, 3 May 2015

  sakmongkol 47

 




ü1Najib kata focus dia ialah tidak hiraukan kenyataan dan tuduhan tidak berasas. Ertinya dia telah membisu seribu bahasa, lidah nya kelu tidak berkata sejak lama sudah. 
 
ü2.  Menteri Pertanian kata, jika Wan Aizah menang, kelulusan dana akan diberhentikan. Ertinya Menteri ingat ini duit ayah dia
 
ü 3. Ahmad Maslan kata- dia yakin GST skim kutipan cukai terbaik. 160 negara dalam dunia telah pilih GST- mesti ianya baik walaupun ekonomi paling besar yakni USA tidak pakai GST. Ertinya semua menteri meleleh air liur bila ingatkan banyak wang dikutip.
 
ü4, Saleh said Kruak kata kemenangan pembangkang dalam PRU13 satu ilusi. Ertinya UMNO tidak perlu risau dan pemberontakan dalam UMNO itu tidak benar. 
 
ü5 Rakyat bantah GST maka 15,000 protes dijalan. Itu ertinya lambang kebangkitan rakyat. 
 
ü6 Beberapa pemimin UMNO telah lihat dokumen 1MDB dan yakin bahawa suatu skim songlap duit telah berlaku dengan pengetahuan PM Najib. Ertinya UMNO sudah tahu temberang Najib.
 
ü 7Tapi Najib tidak peduli lapuran tidak berasas. Ertinya UMNO dan Najib akan nahas.

Saya tidak mahu komen gerak kerja UMNO di Permatang Pauh. Sudah pasti mereka melakukan yang terbaik. Kepada lawan kita, kita ucapkan selamat maju jaya.
 
Kenapa saya yakin PR menang Permatang Pauh? Jentera PRK mantap dan kemas. Setiap bilik gerakan pusat penyampaian ceramah. Rakyat datang dengar dan sedar. Ada kesungguhan. Calun dilihat sebagai ganti Anwar Ibrahim yang tepat. 
 
Apa yang UMNO tidak sebut ialah kawasan parlimen ini sekian lama dijaga oleh kerajaan Negeri pulau pinang. Ertinya, kepedulian keatas kawasan Permatang Pauh tidak terabai. Kemajuan dan pembangunan terus berlaku. Sebulan sebelum Anwar Ibrahim dipenjara- saya bertemu dengan beliau dan Anwar ucap terima kasih kepada Lim Guan Eng kerana menjaga permatang pauh. Anwar lebih diperlukan pada peringkat nasional. 
 
Apa yang kerajaan UMNO tawarkan kepada rakyat permatang Pauh pada masa ini, ialah apa yang sepatutnya diberi kepada rakyat tapi disekat oleh mereka. Ini sikap orang yang busuk hati dan suka menganiayai orang. 
 
Ini adalah penafian hak rakyat. Apa yang rakyat permatang pauh lakukan yang menyebabkan mereka diperlakukan demikian rupa? Kerana memilih ahli parlimen dari parti pembangkang?
Rakyat sudah menyampah dengan jenis kerajaan seperti ini yang peras ugut rakyat. 
 
Malam tadi, saya bersama kempen di Kampung Kubang Semang. Ia disertai oleh  rakan2 seperti saudara Ng Wei Aik, Sdri Kahsturi Patto. Turut sama ialah Nik Nazmi, Dr Afif, Suhaizan Kayyat, Ustaz Idris Ahmad dan Nurul Ilham. 
 
Bila rakyat lihat PAS utuh bersama PR- ia beri semangat kepada mereka. BN rasa gentar dan pemimpin nya hampa PAS U Turn. PAS tidak pernah U Turn ketika melawan kemungkaran. Dengan penglibatan tokoh seperti ustaz Idris Ahmad dan Suhaizan Kayyat- cerita mengenai PAS boikot wan azizah ialah mimpi basah UMNO.
Saya yakin bahawa PAS menyokong penuh Datin Sri Wan Azizah. 
Rakyat Permatang Pauh datang mendengar dengan penuh minat ceramah Pakatan Rakyat. Ceramah diadakan serentak dibanyak tempat. 
 
Saya ingin menyeru supaya pengundi Permatang Pauh yang tinggal diluar pulang beramai ramai menghukum Barisan Nasional. Beri keadilan kepada Wan Azizah dan keluarga. Tidak ada sang isteri dan anak yang digodam oleh pendakwaan politik lebih dasyat dari mereka semua. 
 
Dr Mahathir kata, ini kerajaan yang dipimpin oleh penyamun untuk penyamun lain. Itulah yang sebenarnya apa yang Dr Mahathir kata. Setakat ini, mustahil wang berjalan sendiri.
 
 Nilai asset atas kertas 1MDB ialah RM51 billion. Nilai tanggungan dan hutang ialah RM49 billion. Bayaran bunga atau faedah sahaja sekitar RM2 billion setahun. Kemana wang itu dilabur? Bagaimana USD1 billion lebih boleh disalurkan oleh Jho Low? 
 
Kecuali wang ada kaki atau sayap. Jika  ia berlaku, ini pertama dalam dunia- Malaysia mencipta wang yang ada kaki dan mungkin sayap. 
 
Najib bertanggung jawab keatas 1MDB sebab dia penasihat dan penyebut YES-NO pada peringkat akhirnya. Dia yang membawa Jho Low, sang musang untuk menjaga reban ayam. Pegawai2 1MDB kata, Jho Low lah yang mengarah operasi pelaburan untuk 1MDB. 
 
Sukalah kita beritahu Adnan Masur, anak raja jadian itu, 1MDB yang dia sebut sebagai angsa yang menghasilkan telur emas itu dijaga oleh suatu musang yang ganas. 
 
Ini kerajaan kleptocracy. Duit rakyat macam duit sendiri. Masuk dalam akaun sendiri. 
 
Apa kita buat keatas kerajaan seperti ini? Kita jangan beri peluang untuk mereka bernafas walaupun sesaat lagi. Rakyat mesti tolak mereka. 
 
Kita hukum kerajaan yang membinasakan ekonomi negara, mencuri wang rakyat, memporak-porandakan negara dengan menyuruh rakyat berkelahi sama sendiri,
Pengundi luar kembali untuk hukum menteri yang angkuh dan sombong. Kita hukum menteri yang ugut menyekat dana untuk rakyat sedangkan duit yang ada pada kerajaan ialah duit kutipan cukai keatas semua rakyat. 
 
Kita hukum menteri yang kata GST tidak membebankan rakyat sedang harga barang semua sudah naik. 
 
Kita hukum menteri yang bodoh yang mengatakan bahawa kad prabayar hanya digunakan oleh pendatang asing. Sedangan 65% dari talipon mudah alih menggunakan kad pra-bayar. 
 
Kita hukum perdana menteri yang hipokrit suruh rakyat berjimat cermat, tapi dia beli pesawat yang ke 7 dengan harga RM600 juta. Belanja maintenance untuk 15 tahun yang akan datang berjumlah berbillion Ringgit. 
 
BN hinggakan gentar menaikkan poster Najib Razak dan Rosmah Mansor di Permatang Pauh.  Najib sudah istihar akan membentangkan plan pembangunan baru untuk Pulau Pinang. Kenapa tidak dilakukan sejaak jadi PM dari tahun 2009?
Pengorbanan yang pengundi luar buat amat dihargai oleh rakyat semua. Rakyat yang bangkit menentang kezaliman dan penganiayaan dan pembulian keatas rakyat akan menghargai setiakawan pengundi luar. 
 
Buktikan kepada Najib Razak, kuasa rakyat kebih besar dari kuasa buli, kuasa ugut dan kuasa ancaman pemerintah. Selamat mengundi. Pilih calun nombor 3- Datin Sri Wan Azizah.

No comments: