Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding

Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding
Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding

Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding

Calon Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang berkata, beliau bertanding semata-mata untuk menyahut saranan segelintir perwakilan dan penyokong yang ingin menyelesaikan kemelut dalam PAS sekarang.

Katanya semasa proses penamaan calon, berlaku beberapa ketempangan tadbir urus pejabat agung PAS yang melambatkan proses pengesahan menerima pencalonan beliau. Hal itu, katanya, menunjukkan padang pertandingan kali ini tidak rata sama disebabkan beberapa ahli parti yang tidak bersetuju beliau mencalonkan diri. Namun menurut Ahmad, beliau tetap dengan keputusannya.

“Pemimpin yang diberi amanah (merujuk pemimpin PAS hari ini) wajib melaksanakan amanah dan keputusan yang dibuat haruslah adil,” katanya.

Beliau turut mengulas berkenaan isu ucapan Tuan Guru Datuk Seri Haji Awang yang inginkan PAS bergerak secara bersendirian kerana DAP tidak mengiktiraf perlaksanaan Hudud ketika Muktamar di Batu Pahat, Johor tahun lalu.

Kenyataan tersebut, katanya Ahmad, bukan keputusan Muktamar. Tambahnya, sejak penubuhan PR telah disepakati bersama dalam Muktamar yang berlangsung di Ipoh, Muktamar di Shah Alam dan Kota Baharu bahawa PAS akan kekal bersama PR.
Ahmad Awang pada 2009 pernah mengumumkan penarikan diri daripada apa-apa keterlibatan dalam Pimpinan PAS Pusat dalam Muktamar ke -56 di Shah Alam. Namun pergelutan politik dalaman PAS memaksa beliau kembali aktif menawarkan diri bertanding jawatan nombor 1 dalam parti.


LAWATI SUARA PAKATAN DAILY.COM 


No comments: