Thursday, May 7, 2015

‘Kucing Marah’ simbol baru perjuangan anti GST

‘Kucing Marah’ simbol baru perjuangan anti GST
A women cover her faces with anti-Goods and Services Tax (GST) placards during a protest as they gather in front of Parliament House in Kuala Lumpur, Malaysia on October 25, 2013. Malaysia will finally implement the long-delayed Goods and Services Tax (GST) at 6 per cent beginning April 2015, during Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced the Budget 2014. Photo: Firdaus Latif

‘Kucing Marah’ simbol baru perjuangan anti GST

Kempen membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tampil dengan idea baharu, menggunakan watak animasi kucing mengulas tentang cukai yang menekan rakyat dan kaitannya dengan pemborosan kerajaan.

Klip video singkat berdurasi 2 minit tu dimuat naik di Youtube melalui akaun Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sejak kelmarin.

Ia memaparkan Nurul Nuha Anwar, penggerak #March2Freedom memperkenalkan kawannya ‘Kucing Angry’ yang mempersoalkan sama ada hasil GST digunakan untuk membayar hutang negara RM569.33 bilion dan hutang 1Malaysia Development Malaysia (1MDB) sebanyak RM42 bilion.

“Kucing sentiasa membayar hutang,” kata watak itu yang merupakan parodi ‘Kucing Happy’, watak direka Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi menarik minat pengguna membuka akaun simpanan.

Ia juga mempersoalkan jet peribadi perdana menteri, serta bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meningkat sehingga menyebabkan rakyat terpaksa berjimat-cermat.

Katanya, GST adalah cukai yang dikenakan terhadap rakyat tanpa mengira latar belakang dan tidak dapat dipastikan ke mana hasil cukai itu disalurkan, menjadikannya faktor utama kempen bantah GST diwujudkan.

Video itu dihasilkan dengan kerjasama sekretariat #KitaLawan, yang menggerakkan beberapa siri protes di Kuala Lumpur menuntut pembebasan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan #BantahGST yang menganjurkan perhimpunan Hari Pekerja di Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Perhimpunan pada 1 Mei itu dihadiri lebih 10,000 orang yang membantah pelaksanaan GST dan disusuli dengan tangkapan ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan aktivis yang menyertai perhimpunan itu.

Nuha berkata video parodi itu bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai objektif membantah GST.

“GST adalah sejenis cukai rakus dan membebankan rakyat. Kucing pun terkena cukai sebab itu wujudnya ‘Kucing Angry’.

“Semua lapisan masyarakat mesti bersatu menyuarakan bantahan,” katanya.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli juga sebelum ini menggerakkan kempen kesedaran rakyat menolak GST dengan mengeluarkan empat siri video Youtube #GST101 bagi menjawab hujah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mempertahankan GST.

Sejak dimuat naik minggu lalu, video pertama dalam siri itu tersebar kepada lebih sejuta pengguna Facebook.

Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers