Hanya muktamar khas beri kuasa PAS tinggalkan PR – Ahmad Awang

Hanya muktamar khas beri kuasa PAS tinggalkan PR – Ahmad Awang
 
Hanya muktamar khas beri kuasa PAS tinggalkan PR – Ahmad Awang

Hanya muktamar khas beri kuasa PAS tinggalkan PR – Ahmad Awang

Calon Presiden PAS Tuan Guru Ahmad Awang menolak kenyataan Presiden Hadi Awang sebelum ini yang disiar Astro Awani bahawa PAS boleh memutuskan kerjasama antara parti itu dengan DAP.

Menyifatkan kenyataan Hadi itu bersifat peribadi beliau menasihatkan agar ahli PAS tidak terikut-ikut dengan tindakan sesetengah pemimpin PAS yang terlalu gopoh mengeluarkan komen yang mengeruhkan hubungan antara komponen Pakatan Rakyat.
“Sebarang keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan PR mestilah dibawa ke dalam mukhtamar khas,” tegas Ahmad ketika dihubungi Suarapakatandaily.

Kata beliau lagi, keputusan yang telah dibuat dalam muktamar PAS terdahulu tidak boleh dibatalkan oleh sesiapa pun kecuali mendapat persetujuan muktamar akan datang.

“Sesiapa pun yang membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan muktamar hanyalah bersifat peribadi dan tidak mengikut lunas perlembagaan parti secara sah,” ujarnya lagi.

Mengulas pertentangan pendapat yang semakin meluas antara puak ulama dan profesional yang  dalam parti, Ahmad berkata, perbezaan pendapat tersebut bukanlah sesuatu yang janggal bagi sesebuah organisasi namun pemimpin dan ahli mestilah berjiwa besar dan berdisiplin dalam menangani sebarang isu berbangkit.

“Perbezaan pandangan mestilah diuruskan secara berhikmah dan diselaraskan melalui fasa musyawarah bagi mencari jalan penyelesaian yang adil.

“Keputusan terbaik yang berlandaskan prinsip Islam penting diamalkan dan akan memberikan keuntungan kepada semua pihak,” katanya.

No comments: