Thursday, May 28, 2015

Hadi sila jelaskan pendirian sebenar PAS, kata DAP

Hadi sila jelaskan pendirian sebenar PAS, kata DAP
Hadi sila jelaskan pendirian sebenar PAS, kata DAP

Hadi sila jelaskan pendirian sebenar PAS, kata DAP

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menekan presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan pendirian sebenar parti Islam itu dalam soal kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Dalam suasana kempen pemilihan PAS yang kini semakin hangat, Lim mengambil peluang untuk menekan Hadi ekoran kenyataan presiden parti Islam itu semalam yang mengaku masih bersama Pakatan Rakyat.

Beliau seterusnya membangkitkan semula lima tindakan dan kenyataan Hadi yang menyebabkan hubungan PAS-DAP renggang sebelum ini.

“Kenyataan Hadi ini adalah tidak konsisten dengan perakuan bertaat setia dan menyokong Pakatan Rakyat.
“Jika Hadi tidak boleh mengotakan janjinya, bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan Hadi atas dasar hormat dan percaya?,” kata Lim.

Berikut adalah lima soalannya:
  • Kenapa Hadi mungkiri komitmen PAS pada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan jaminan peribadinya kepada pimpinan Pakatan?
  •  
  • Mengapa Hadi nyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tengah kemelut skandal RM42 bilion 1MDB?
  •  
  • Hadi mahu wujudkan kerajaan perpaduan bersama Umno?
  •  
  • Mengapa Hadi enggan nyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh?
  •  
  • Hadi isytihar bahawa umat Islam wajib yatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud. Namun Hadi tidak menyebut tentang orang Islam lain, orang bukan-Islam, serta rakyat Sabah dan Sarawak yang turut membantah undang-undang hudud. Tidakkah bantahan terhadap hudud bukan kerana hudud adalah sebahagian daripada Islam tetapi kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan?
Menurut Lim lagi, DAP tidak akan berdiam diri dalam isu ini, semata-mata untuk tidak masuk campur dalam urusan pemilihan PAS.

“DAP tidak akan membiarkan dirinya dibisukan oleh pemilihan parti PAS bagi menghalang DAP daripada mengatakan apa yang benar dan mempertahankan yang hak dari yang batil,” kata Lim.
Tambahan pula, kedudukan Hadi sememangnya tidak akan tergugat dalam pemilihan kali ini, tambahnya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers