Anwar seperti Mandela, masih ada harapan – Prof Madya Shahruddin

Anwar seperti Mandela, masih ada harapan – Prof Madya Shahruddin
Anwar seperti Mandela, masih ada harapan – Prof Madya Shahruddin

Anwar seperti Mandela, masih ada harapan – Prof Madya Shahruddin

Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin menjangkan nasib bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berakhir seperti Nelson Mandela.

Malah beliau mengingatkan bahawa pemenjaraan musuh politik nombor satu UmnoBN itu bukan bermaksud akan berahirnya karier politik Anwar.

“Anwar boleh jadi seperti Nelson Mandela, pada umurnya 70-an, keluar (penjara) jadi presiden.

“Banyak perkara (kemungkinan) boleh berlaku dalam politik negara, kita tak boleh mengatakan bila Anwar dipenjarakan, masa depan politik akan berakhir,” katanya pada Forum Anak Muda, anjuran March 2 Freedom dan Anwar Ibrahim Club (AIC) di Hotel Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Ahad.

Nelson Mandela merupakan pejuang anti Apartheid menjadi Presiden Afrika Selatan selepas dipenjarakan 27 tahun.
Bercakap kepada pemberita, Shahruddin turut optimis Anwar akan dibebaskan lebih awal dari hukuman ditetapkan.

Jelasnya itu dapat berlaku sama ada menerusi proses perundangan biasa ataupun faktor perubahan politik dalam negara.

“Kita tahu Anwar kena penjara lima tahun, dan mungkin tiga setengah tahun jika berkelakuan baik atau proses biasa seperti pengampunan atau mungkin berlaku pertukaran kepimpinan dalam konteks negara.

“Sudah pasti landskap politik yang berubah itu akan menyebabkan kedudukan Anwar dalam penjara juga berubah,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap keupayaan Anwar untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negara disebabkan faktor umur yang semakin meningkat.

Tegasnya itu bukan halangan kerana pengaruh Anwar dalam politik negara masih kuat dan disokong ramai.

“Dalam 15 tahun akan datang ini, bagi saya dia (Anwar) masih menyengat kalau kita tengok DNA adik-beradik dan ayahnya sendiri, umur mereka panjang-panjang.

“Tun Dr Mahathir kini umurnya sudah 90 tahun, bayangkan perkara sama berlaku terhadap Anwar, ini bermakna dia masih ada 22 tahun lagi untuk berkecimpung dalam arena politik Malaysia dan bawa perubahan pada negara,” kata beliau lagi.

No comments: