Taktik kotor mula cemari kempen Permatang Pauh


Taktik kotor mula cemari kempen Permatang Pauh
Taktik kotor mula cemari kempen Permatang Pauh

Taktik kotor mula cemari kempen Permatang Pauh

Kempen Pilihanraya kecil (PRK) P44 Permatang Pauh mula dicemari dengan taktik kotor dari pihak tertentu.
Perkara itu didedahkan oleh pemimpin pakatan rakyat kepada media dalam dua sidang media berbeza.

Pada Rabu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim pendedahkan aksi penyebaran risalah-risalah yang memburukkan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng dan menjatuhkan imej Pakatan Rakyat.

Tanpa menamakan pihak tersebut jelasnya risalah berunsur fitnah yang mempamerkan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyalahi peraturan pilihanraya apabila tidak mempamerkan nama penerbit.
“Risalah ini diedarkan ke seluruh Permatang Pauh, ia tidak mempamerkan nama pencetaknya dan itu merupakan satu kesalahan dibawah akta pilihanraya.,” tegasnya lagi.
Malah pemimpin setempat juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa kepada aksi-aksi kotor pihak tertentu apabila telefon bimbit mereka digodam dan digunakan bagi menghantar informasi palsu kepada penduduk sekitar Permatang Pauh.

“Dari pengalaman lepas, beberapa pemimpin turut menjadi mangsa, setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, Fariz Musa, YB Rodziah, Saudara Tian Chua dan ramai lagi telah digodam telefon mereka.

“Di Permatang Pauh, operasi jahat itu telah bermula semalam,” jelas Ahli Parlimen Bayang Baru, Sim Tze Tzin.

“Semalam lebih kurang pukul 4.30 petang saya terima panggilan dan lebih 160 mesej yang bertanyakan tiket bas percuma bagi membawa 1000 orang ke Kuala Lumpur pada 1 Mei ini, malah ditanya juga pelbagai soalan.

” Bila saya tanya dari mana mereka dapat nombor telefon saya mereka memberitahu mereka mendapat mesej dari talian yang saya gunakan, sedangkan saya tidak menghantar mesej begitu,” jelas Puan Wing Chai Xi yang merupakan setiausaha kepada seorang ahli parlimen.

Sehubungan perkara itu beliau telah membuat satu laporan polis kerana bimbang keselamatanya terancam.

Ahli Parlimen Simpang Pulai yang turut hadir ke sidang media tersebut menyifatkan aksi kotor itu sebagai satu usaha terancang bagi memberi manafaat kepada pihak tertentu.

Pihak berkuasa seperti SPRM dan Suruhanjaya Multimedi jelasnya perlu mengambil tindakan terhadap aksi kotor itu

No comments: