Sejuta rakyat di himpunan 1 Mei untuk protes GST

Sejuta rakyat di himpunan 1 Mei untuk protes GST


KUALA LUMPUR 3 April- Sekretariat Kita Lawan akan mengerahkan seluruh kekuatan anak muda bagi memastikan seramai sejuta rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur pada 1 Mei depan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).






Dalam satu kenyataannya, sekretariat itu menyeru rakyat Malaysia memulakan protes itu dengan berpakaian hitam setiap Sabtu bermula minggu ini.

Demo GST 2 

“Kami juga menyeru agar program-program rakyat, komuniti dan politik yang pro-rakyat yang dijadualkan pada hari-hari Sabtu menjelang 1 Mei 2015 menggalakkan orang ramai memakai baju hitam,” jelas kenyataan itu lagi.

GST yang dilaksanakan sejak semalam, menerima reaksi negatif daripada pelbagai latar belakang masyarakat dan bantahan itu turut disuarakan di laman-laman sosial.

Pengenalan cukai tersebut di saat kerajaan melakukan pembaziran, termasuk pembelian jet peribadi untuk Perdana Menteri, jelas menimbulkan kemarahan orang ramai.

Menurut sekretariat itu lagi, protes itu juga bagi menunjukkan tanda setiakawan bersama pimpinan rakyat, aktivis muda dan pengamal media yang diheret ke lokap di bawah Akta Hasutan 1948 baru-baru ini.
“Kami percaya, kerakusan cukai GST mencengkam seluruh rakyat Malaysia.

“Rakyat tidak lagi takut untuk menentang kezaliman ini secara terbuka sedangkan mereka yang berkuasa terus hidup dengan penuh kemewahan,” ujar kenyataan itu.

No comments: