Thursday, April 30, 2015

PKR sambut baik Pemuda PAS henti boikot

PKR sambut baik Pemuda PAS henti boikot
PKR sambut baik Pemuda PAS henti boikot

PKR sambut baik Pemuda PAS henti boikot

Pimpinan KEADILAN menyambut baik keputusan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang yang kini bersetuju untuk bekerjasama bagi mempertahankan kerusi P44 Permatang Pauh.

Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata begitu dalam satu sidang media harian yang diadakan di Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh pada Rabu.

” KEADILAN mengucapkan terima kasih kepada seluruh pimpinan PAS pusat yang diterajui Presiden Tuan Guru Haji Hadi, timbalannya Haji Mohammad Sabu yang juga penyelaras jentera pilihnraya PAS pusat dan Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menjadi penyelaras PAS Pulau Pinang.

“Usaha berterusan dari mereka memungkinkan dewan pemuda PAS Pulau Pinang turun membantu.

“Sekaranglah masanya jentera KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumpukan isu-isu rakyat,” katanya.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers