Sunday, March 8, 2015

307: Himpunan pertama tanpa Anwar, satu permulaan

Himpunan #Kita Lawan 307 adalah yang pertama dianjurkan tanpa ikon pembaharuan politik Anwar Ibrahim.

Rejim Najib percaya dengan memenjarakan Anwar maka Pakatan Rakyat (PR) berpecah dan penyokong mereka akan mendiamkan diri. Namun semua angan-angan  Najib musnah apabila lebih 20,000 penyokong PR berkumpul di depan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur menuntut Anwar dibebaskan.

Himpunan 307 bermula kira-kira jam 3.00 petang di tiga lokasi; Central Market (CM), Masjid Jamek dan Sogo. Pemimpin DAP memberi ucapan di CM pada jam 3.00 petang.

Pada masa sama pemimpin PKR seperti Nurul Izah, William Leong, Nik Nazmi dan Fahmi Fadzil memberi ucapan di Masjid Jamek di hadapan kira-kira 3,000 demonstran.

Nik Nazmi membankitkan percubaan Umno untuk mengulingkan Najib. Katanya, PR akan meneruskan siri bantahan sehingga Najib dan Rosmah berundur.

“Muhyiddin tolak Najib dalam Isu 1MDB. Mereka tidak lagi percayakan Najib

“Kita anjurkan demo bukan hanya untuk Anwar tetapi perlbagai isu. Inilah masa untuk bangkit. Kita sebarkan mesej kebangkitan ke seluruh negara,” katanya.

Pada pukul 3.45 peserta dari CM bergerak dan bertemu peserta di Masjid Jamek. Perarakan menuju ke Sogo melaungkan ‘Reformasi’ dan ‘Undur Najib’.

Perarakan itu menghentikan lalu lintas sepenuhnya di jalan TAR. Polis dan DBKL mengambil peranan mengawal lalu lintas.

Perarakan AMK diketuai Fahmi Fadzil dan Jonah. Kumpulan muzik jalanan Bangsar memukul drum sepanjang perjalanan dan menyanyikan laku mengecam Najib.

Demonstran bertemu dengan 5,000 peserta yang telah menunggu di depan Sogo pada pukul 4.30 petang. Kumpulan yang menunggu dipimpin cikgu Fariz Musa.

Kumpulan demonstran bergabung bersama rakyat yang membeli belah di hujung minggu membentuk lebih 24,000 peserta dan memenuhi sepanjang dua kilometer jalan TAR.

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izah berucap menyelar pemenjaraan ayahnya. Menegaskan Anwar kekal pemimpin ulung PKR dan Agong boleh mengampunkan Anwar.

Pukul 5 petang demonstran memutuskan untuk bergerak ke KLCC. Hujan yang turun menyebabkan jumlah peserta kurang 1/3. Sebahagiannya tinggal di Sogo dan kompleks beli belah lain. Kurang 15,000 bergerak ke KLCC.

Kumpulan bergerak melalui jalan Sultan Ismail dan Jalan P Ramlee. Mereka tiba di KLCC pada pukul 6.10 petang. Kira-kira 10,000 yang berbaki dalam perjalanan mencabar meredah hujan separuh lebat.

Di KLCC, trak pikap yang membawa pembesar suara bergerak dan berhenti berhampiran pintu hadapan kompleks menara berkembar. Ucapan pemimpin berkumandang ke sekitar.

Ahli parlimen Batu Tian Chua berucap menyatakan himpunan belum cukup ramai dan rakyat perlu turun lebih banyak pada himunan akan datang yang didakwa akan dilakukan pada hujung Mac.

“Kita berjaya sampai ke KLCC dengan aman, himpunan ini tidak cukup ramai. Kita himpun lebih ramai minggu demi minggu.

“Dari 10,000 ke 100,000 dan ke sejuta,” katanya.

Himpunan  itu mengundang beberapa lagi pemimpin seperti Sivarasa, Zuraida Kamaruddin dan beberapa tokoh politik berucap sebelum dihiburkan lagu undur Najib dari kumpulan Bangsar. 

Ikon anak muda, Adam Adli kemudiannya membacakan ikrar baiah perjuangan pada jam 6.10 petang. Himpunan bersurai pada jam 6.40 selepas bacaan doa.
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers