Ketiadaan Nik Aziz mudahkan laluan kerajaan perpaduan, kata PasMa


Bagi tok lebai dan cikgu agama , minta tolong faham...jangan marah orang yang sokong PASma sebab hangpa perlu tau bahawa ini memang semangat tok lebai nak join UG . Hangpa marah sebab Anwar nak ambk alih Selangor tapi hangpa tak ulas pula bila Presideng nak join Umno bentuk kerajaang perpaduang di Selangor...Macamana la hangpa ni/??

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kemungkinan besar satu kerajaan perpaduan boleh dibentuk ekoran masa depan Pakatan Rakyat yang dilihat tidak menentu dan hubungan antara parti komponen yang masih longgar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015.Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kemungkinan besar satu kerajaan perpaduan boleh dibentuk ekoran masa depan Pakatan Rakyat yang dilihat tidak menentu dan hubungan antara parti komponen yang masih longgar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Februari, 2015.

 Ketiadaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memudahkan laluan penyokong kerajaan perpaduan dalam PAS bergabung dengan Umno, kata Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) itu berkata, kemungkinan besar satu kerajaan perpaduan boleh dibentuk kerana pada masa sama, masa depan Pakatan Rakyat (PR) dilihat tidak menentu dan hubungan antara PAS, PKR dan DAP masih longgar.

Katanya, perkara itu semakin mula menunjukkan tanda dapat direalisasikan sejak Nik Aziz dalam keadaan uzur apabila perkembangan politik PAS dilihat sedikit beralih angin.


"Segala kemungkinan boleh berlaku dan Umno saya lihat sedang atur strategi untuk pecah-belahkan PR dengan peristiwa banjir (di pantai timur).
  "Hubungan mesra itu nampaknya cuba diambil kesempatan oleh Umno dan sebilangan pemimpin PAS yang agak mesra dengan Umno.

"Setakat ini kita lihat kemungkinan ini boleh berlaku," katanya dalam sidang media di Shah Alam, hari ini.

Phahrolrazi berkata, Nik Aziz yang meninggal dunia akibat kanser prostat Khamis lepas dan bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor yang meninggal dunia pada 2002 merupakan pemimpin yang paling lantang menolak usaha kerjasama PAS-Umno.

Ketiadaan mereka, katanya, membuka ruang mudah bagi penyokong kerajaan perpaduan meneruskan cita-cita mereka.
Sambil mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri menyokong usaha kerajaan perpaduan, beliau yang juga Yang di Pertua PAS Kawasan Kuala Kedah berkata: "Presiden pun nampak tak seperti dulu. 20 tahun dulu dia nampak keras, sekarang agak (longgar) sedikit.

"Begitu juga dengan pemimpin yang lain, tak seperti dulu. Mereka mula membuka ruang, terutamanya dari segi kerjasama di Kelantan membantu mangsa banjir," kata Phahrolrazi.

Pada masa sama, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor itu menjangkakan Hadi berpotensi kekal sebagai presiden dalam pemilihan parti Mei ini.

Katanya, beliau mendapati masih ada ramai ahli di akar umbi yang menyokong ahli Parlimen Marang itu.

Beliau mengakui mendengar desas-desus wujudnya usaha dalam PAS “menggulingkan” Hadi pada muktamar tahunan parti akan datang, tetapi ia masih sekadar di peringkat perbincangan.

"Kalau ditanya sejauh mana kedudukan presiden, dia masih lagi kuat kalau masih mahu bertanding.

"Jadi, keputusan muktamar amat penting kerana ia akan menentukan hala tuju gabungan PR," katanya.

Ditanya mengenai kemarahan akar umbi terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli yang didakwa cuba menjatuhkan Hadi, bekas exco Kedah itu enggan mengulas lanjut dan menafikan penglibatan PasMa.

"Kita tak terlibat. Kita tegaskan, berhubung tuduhan kita nak jatuhkan presiden, kita tak ada mekanisme, sebab yang tentukan ialah perwakilan.

"Kita tak ada peranan nak tentukan naik turun presiden. Kita dituduh sebab kita diseret dalam isu pertembungan dalam PAS.

"Kita nak menafikan. Tak ada kempen nak jadikan pertukaran presiden sebahagian agenda mesyuarat. Tak ada," katanya. – 17 Februari, 2015.

No comments: